KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Mac 16, 2008

Umno BIMBANG Kerajaan PAS TUTUP "PROJEK BN"!

By TARMIZI MOHD JAM

UMNO Kedah mulai bimbang beberapa projek tajaan BN sebelum ini akan ditutup oleh kerajaan baru Kedah yang dipimpin oleh PAS.

Mereka mahu, projek tersebut diteruskan demi untuk kesejahteraan rakyat.

Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mahatzir Khalid berkata, Zon Industri Petroleum Yan dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara bermatlamat untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah yang baru, Ustaz Azizan Abdul Razak dilapor berkata akan mengkaji semula projek itu dan akan meneruskannya sekiranya ianya menguntungkan dan tidak melanggar perundangan.

Apapun, langkah MB Kedah itu selaras dengan kehendak rakyat agar setiap projek yang dilaksanakan menguntungkan negeri dan tidak membebankan rakyat.

Tiada ulasan: