KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Januari 19, 2011

Nafi dulu: Adun Pelabuhan Klang telah beri cuti sakit kepada Speaker Dun

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menafikan dakwaan beliau gagal hadir ke Sidang Dewan Undangan Negeri selama enam bulan tanpa alasan munasabah sebaliknya menegaskan telah memberikan surat cuti sakit. 

Badrul Hisham yang dihubungi berkata, beliau hanya tidak menghadirkan diri ketika sidang DUN bulan November lepas ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya, lapor Bernama.

"Macam mana kata saya tidak hadir selama enam bulan, saya sendiri tidak faham... apa yang pasti saya tidak hadir kerana tidak sihat itupun pada bulan November sahaja,” katanya di sini hari ini. Beliau mendakwa telah memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim termasuk memberikan surat pengesahan doktor.

Badrul Hisham yang enggan mengulas lanjut berkata, beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan sama ada untuk menerima alasan Chang Khim atau sebaliknya.

Tiada ulasan: