KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Januari 19, 2011

Munafik Umno terhadap Sultan makin membonjol apabila arah Adun jangan sokong pindaan

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar cuba mengelirukan rakyat tentang isu Sidang Dun 24 Januari ini untuk meminda Perkara 52 bagi memberi kuasa kepada Sultan dan Menteri Besar melantik SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-undang Negeri.

Umum tahu, dua lagi undi diperlukan bagi mendapat majoriti mudah untuk pindaan dibuat. Adun Pakatan Rakyat di Selangor berjumlah 35 orang dan memerlukan dua sahaja lagi undi. Undi ini tentulah sepatutnya datang dari Umno-BN kerana mereka juga bermati-matian untuk memperjuangkan hak Tuanku Sultan.

Mengapa pula Noh arahkan Adun BN tidak boleh mengundi terhadap pindaan ini? Bukankan mereka mahu mengembalikan hak Sultan? Mereka memperjuangkan Ketuanan Melayu? Inilah masanya Umno menunjukkan apa yang dilaung, apa yang dipekik selama ini. Menyokong pindaan ini bermakna Umno setuju memberi kuasa kepada Sultan, setelah Umo juga merobek kuasa itu dahulunya.

Jika Umno tak setuju, maka jelaslah tembelang, temberang dan sikap munafik pemimpin Umno dalam membela dan memperjuangkan hak Sultan. Hujah dan fakta ini cukup kuat untuk direnungkan oleh orang Melayu. Umno bukan pejuang hak Sultan. Sebaliknya Umno adalah petualang yang telah menghakis kuasa Sultan selama ini. Sama seperti Umno bukan pembela Melayu, sebaliknya Umnolah pengkhianat nombor satu yang "menjahanamkan" bangsa melayu selama ini.
  

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yesss..betut 1000x