Malaysia diperakui sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara luar serta pemimpin mereka seperti Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, kemajuan ekonomi dan kestabilan politik yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini hasil keberkesanan pemerintahan kerajaan yang diterajui oleh BN, lapor Bernama.
"Ketika saya melawat Amerika Syarikat baru-baru ini, Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton sendiri menyatakan kekaguman di atas pencapaian Malaysia dari segi keberkesanan kerajaan, demokrasi yang segar dan pertumbuhan ekonomi yang pesat,” katanya.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Tenang, selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Tenang, di sini hari ini. Muhyiddin berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan rakyatnya berpendapatan tinggi.
3 ulasan:
Nampaknya kiblat umat islam Malaysia dah berubah dari Kaabah ke New York dan kitab suci umat Islam , pun dah berubah . Patutlah Islam di permainkan disini oleh pemimpin umngok kita .
Apa komen jamil khir/mufti perak chua soi lek tak suka pakai sarong/pakai alas ?
ikutlah telunjuk yahudi tuhh,,kelak kita akan jadi macam yahudi,,hillary clinton tuh tahu ke negara islam tuh macam mana??
Catat Ulasan