KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Januari 11, 2011

BN Labis mula ketar: PAS dijangka letak Normala Sudirman sebagai calon Dun Tenang?


Jadi atau tidak wanita lawan wanita dalam pilihan raya kecil di Tenang hujung bulan ini. PAS dipercayai telah memutuskan antara Exco Dewan PAS Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Johor untuk mewakili Pakatan Rakyat di kerusi tersebut.

Difahamkan kepimpinan parti itu telah menyenaraipendekkan Firdaus Masod dan Normala Sudirman (gambar kanan) untuk membawa cabaran di Dun Tenang. Firdaus merupakan seorang peguam manakala Normala pula berkhidmat sebagai guru. Masing-masing berusia awal 30-an. Normala juga merupakan Exco Dewan Muslimat PAS Pusat.

BN dipercayai akan meletakkan calon wanita bagi kerusi itu. Menurut sumber, tindakan itu ada kaitan dengan lobi MCA yang dilakukan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga adalah bekas ahli Parlimen Labis. Pada pilihan raya umum lalu anak beliau menjadi calon BN dan menang.

Jika dipilih sebagai calon, ini merupakan kali kedua Firdaus bertanding pada pilihan raya. Beliau pernah mencuba nasib di Buloh Kasap, salah satu kerusi DUN dalam Parlimen Segamat, pada 8 Mac 2008 tetapi tewas di tangan calon Umno-BN, Othman Jais dengan perbezaan 4,466 undi.

Normala merupakan anak tempatan yang lahir di Labis. Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Zulkifli Ahmad enggan membayangkan sama ada kedua-dua mereka menjadi pilihan kepimpinan untuk membawa cabaran kali ini.

"Itu tekaan sahaja. Apa pun kami akan meletakkan calon yang boleh membawa kemenangan, itu pertimbangan kami," kata beliau. "Kawasan ini mempunyai hampir 50 peratus pengundi Melayu dengan tiga kawasan Felda, jadi semua faktor kena diambil kira untuk membawa kemenangan," katanya.

Calon pilihan yang muktamad akan diumumkan Ahad ini, kata Zulkifli yang juga Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil kali ini. Ia dijangka diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Laporan Harakahdaily menyebut, pilihan raya kecil DUN Tenang, besar kemungkinan menyaksikan pertembungan antara wanita apabila BN dikatakan akan mengemukakan calon wanita manakala PAS juga mempertimbangkan dua calon iaitu antara seorang lelaki dan seorang wanita.

"Mesyuarat (Ahad) telah membuat keputusan calon yang akan mewakili PAS tetapi ia hanya akan diumumkan 16 Januari ini di Tenang," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Kerusi Tenang kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember tahun lalu. Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di Johor, Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan terlalu mengangkat semangat kedaerahan. Kalau anak jati Johor boleh bertandang dan bertanding di negeri lain makanya kenapa pula anak luaran tidak boleh bertandang dan bertanding di Johor? Mentaliti sebegini (semangat kedaerahan tidak bertempat) harus tidak dijadikan sebagai mentaliti utama dan kekal.

He He

Tanpa Nama berkata...

Pengundi di sana tu semua anak jati Labis/Tenang...kalau pengundi bukan anak jati Labis/Tenang tidak mengundi anak jati Labis/Tenang, macam mana..jangan seperti katak bawah mangkuk kacak..

Tanpa Nama berkata...

Thank you for another informative website. The place else could I get
that kind of info written in such an ideal manner?
I've a challenge that I'm just now working on, and I've been on the glance out for such information.

My web site Buy Viagra Now

Tanpa Nama berkata...

I am really thankful to thе oωner of this web page who has shаreԁ this еnormοus post
аt at this place.

Нeгe is my blog; payday loans

Tanpa Nama berkata...

It is therefore vital that it is done efficiently to be able to determine the most recent competition for a provided keyword and forecast the future
trends for a give keyword. Keyword research is like mining gold since it is the most important
part yet really rewarding if you get the right keyword that will place quickly.


This site~ Search Term Suggestion Tool provides
very relevant information about Search Term Suggestion Tool and Search Term Suggestion Tool.