KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Januari 04, 2011

Khalid Ibrahim arah adakan sidang Dun tergempar pinda perlembagaan negeri


Langkah berani dan melawan yang ditunjukkan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim patut dipuji. Isu perlantikan SUK bukan isu entang dan tidak patut dipandang ringan oleh rakyat. Ia akan menjadi virus kanser yang dahsyat jika pencegahan tidak dibuat dari awal. 

Banyak pandangan dan qaul dibahas terhadap isu paling menyengat menikam jasad Pakatan Rakyat ini. Ia bukan isu PR Selangor tetapi seluruhnya. Memasng patut Khalid "mengamuk" dengan Dato' Khusrin Munawi, "mengamuk" dengan KSN. Semuanya jelas ada agenda "jahat" untuk membuli Kerajaan Selangor kerana ia ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, beberapa hari lalu di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

"Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas Krisis Perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.

Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari 'jalan penyelesaian yang terbaik'. "Sultan Selangor mencadangkan supaya kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Saya mengucapkan terima kasih kepada DYMM Sultan atas nasihat dan pandangan baginda.

Tiada ulasan: