Sebentar lagi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan isu pertemuan sulit dengan Najib dan Muhyiddin di Istana Terengganu, Kuala Lumpur pada 24 Disember lalu.
Pagi tadi, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu berhubung isu perbincangan kerjasama kerajaan perpaduan atau yang lebih dikenali sebagai “UG” dengan pemimpin-pemimpin Umno akhir bulan lalu.
Pertemuan itu dikatakan telah diusahakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
The Malaysian Insider difahamkan pertemuan enam mata hari ini dipanggil ekoran siri pertanyaan dan kemusykilan berkenaan laporan bahawa pertemuan sulit telah diadakan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Disember lalu di Istana Terengganu di sini.
Difahamkan Hadi dan Timbalannya Nasharudin Mat Isa juga hadir sama pada pertemuan tersebut yang memfokus perundingan menyentuh soal kerajaan perpaduan sempena majlis santapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Hadi dan Nasharudin dikatakan sebagai pihak utama kumpulan pro-Umno dalam parti Islam berusia enam dekad itu.
“Mereka (Nik Aziz, Hadi dan Mustafa) akan menangani kontroversi yang sudah tercetus ekoran pertemuan dan perundingan ke arah kerjasama kerajaan perpaduan sebelum Tuan Guru Nik Aziz secara rasmi memberikan penjelasan bagi pihak parti,” kata seorang pemimimpin parti itu.
1 ulasan:
Masa aku kecik2 dulu aku masih ingat lagi macamana:
1)Anuar Saddat (Mesir) masa mudanya begitu menentang kerajaan yahudi, tapi, bila dah tua sikit dia dah mula berbaik2 dan berdampingan dengan Yahudi. Akhirnya mati kena tembak
2)Yaseer
Arafat pun macam tu juga. Masa mudanya bukan main perangi yahudi tapi bila dah tua sikit trus berdamai. Akhirnya dikatakan mati diracun oleh mushunya masa beliau sakit.
3) Kini aku nampak puak UG ni serupa tu jugak. Masa muda depa ni bukan main tentang Umno/BN, tapi bila dah tua sikit dapat jawatan...ada hati nak bedamai dengan penyangak2 Umno/BN ni.
Kalau betoi bagai dikata dan di teka....nampaknya mereka2 ni akan jadi macam 2 org pemimpin di atas tu. Berdamai konon.....tapi...rakyatnya terus di tindas dan di bodohkan.
Janan jadi bodoh-mangkok sudah la.
Catat Ulasan