Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, jika Pakatan Rakyat dapat mengurangkan lagi majoriti UMNO dan Barisan Nasional, itu sudah menjadi satu kemenangan untuk rakyat khususnya di Johor yang dikenali sebagai "kubu kuat" Umno di negara ini.
Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak mudah bagi parti pakatan - DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS - untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Tenang pada 30 Januari nanti. Ini kerana Tenang terletak di Johor yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional.
DAP dan PKR terus berkempen di kalangan pengundi Cina di Tenang tanpa henti sejak kematian Dato' Suliman Taha. Sehingga kini, trend politik pengundi Cina masih ditegar bersama Pakatan Rakyat. Apa yang dibimbangkan, sogokan dan projek mee segera yang dilonggokkan oleh Umno-BN, akan memperdayakan pengundi Melayu khususnya para peneroka dalam tiga tanah rancangan Felda di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan