KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Januari 19, 2011

Setiausaha Agung Perkasa mula gelabah bila dituduh ugut pengundi Cina di Tenang

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya mengeluar dan mencetak risalah menggunakan kepala surat Perkasa Johor bagi mengugut pengundi Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor, lapor Bernama.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mengutuk tindakan tersebut berkata, ia dilakukan oleh puak-puak yang berniat jahat terhadap Perkasa dan "desperado".

"Orang waras pasti tidak percaya dan tidak masuk akal bahawa Perkasa Johor boleh melakukan perbuatan bodoh seperti ini. Individu atau puak yang melakukan perbuatan ini sengaja mahu memburukkan nama Perkasa atau usaha penyokong pembangkang untuk menarik undi kaum Cina dengan menguna nama Perkasa sebagai alasan. Ia perbuatan tidak bermoral dan bersifat dajal.

"Perkasa yakin pengundi kaum Cina di DUN Tenang tidak akan percaya dakyah seperti ini. Perkara seumpama ini (juga) pernah berlaku di pilihan raya kecil Hulu Selangor sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan media menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Tiada ulasan: