KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Januari 19, 2011

Keselamatan terkawal: Polis sedia 26 pondok polis sepanjang PRK Dun Tenang

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan 26 pondok polis di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bagi melancarkan proses pilihan raya kecil DUN berkenaan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kesemua pondok itu yang ditempatkan di pusat tumpuan orang ramai dijangka mula beroperasi minggu ini dengan dikendalikan dua anggota polis bagi setiap pondok.

"Kita jangkakan pondok ini akan beroperasi tiga atau empat hari sebelum proses penamaan calon Sabtu depan dan dibuka sehingga selesai proses pilihan raya kecil," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan dan mendengar taklimat persiapan pilihan raya kecil DUN Tenang, di Balai Polis Labis, di sini hari ini. Ismail berkata, selain berfungsi sebagai tempat aduan dan pertanyaan, orang ramai juga boleh membuat laporan polis di pondok berkenaan.

Tiada ulasan: