KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Januari 19, 2011

Pandangan sebenar rakyat: Najib jawab soalan Twitter dan Facebook guna YouTube

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyiarkan tiga video melalui laman web Youtube, sebagai respons kepada soalan-soalan yang dibangkitkan daripada orang ramai kepada akaun Twitter blog mikronya, Selasa lalu, lapor Bernama. Sambil menyifatkan sesetengah soalan itu sebagai kelakar, Najib berkata, usaha itu telah memberikan beliau satu "pandangan sebenar" mengenai cara rakyat Malaysia berfikir dan menggunakan media sosial.

"Ribuan terima kasih atas (respons) menggalakkan untuk sesi Twitter dan Facebook Selasa lalu.#tanyanajib merupakan kali kelima berhubung Twitter”s Trending Topic di seluruh dunia. Saya teliti beberapa komen dalam tweets dan fb, dan ia sebenarnya benar-benar menarik. Sebenarnya sesetengahnya sangat kelakar,” katanya melalui video yang disiarkan.

Inisiatif Najib itu sebenarnya menunjukkan bahawa beliau melaksanakan cara yang interaktif di mana Najib dapat berhubung dengan orang ramai secara langsung antara satu sama lain menggunakan media sosial.

Bila lagi Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS, Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu menggunakan perkhidmatan media baru ini untuk berinteraksi dengan ahli-ahli, penyoko0ng Pakatan rakyat dan rakyat seluruhnya? Tiga Naib Presidennya, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Tuan Ibrahim Tuan Man?

Tiada ulasan: