Pemilihan Cikgu Normala Sudirman atau lebih mesra dikenali Cikgu Mala sebagai calon Pilihan Raya Kecil NO5 Tenang, disambut baik oleh Wanita KEADILAN. Pemilihan Cikgu Mala ini jelas membuktikan bahawa kesamarataan gender di dalam Pakatan Rakyat dan sebagai suatu lagi pengiktirafan buat kepimpinan wanita Pakatan Rakyat secara keseluruhannya, kata Ketuanya, Zuraidah Kamaruddin.
Tegasnya, Wanita Keadilan yakin, dengan kemenangan Cikgu Mala, bukan sahaja memberi lebih peluang buat Pakatan Rakyat bersuara memperjuangkan hak rakyat negeri Johor, namun turut meletakkan kepimpinan wanita Malaysia di suatu tahap yang baharu dan disegani.
"Ini adalah sesuatu yang positif dalam menuju matlamat bersama Pakatan Rakyat yakni membentuk sebuah Politik Baru dan lanskap politik yang lebih adil buat Malaysia yang lebih baik," ujar beliau. Maka, dengan pemilihan Cikgu Mala sebagai calon, kata Zuraidah, Wanita Keadilan akan berusaha bersungguh-sungguh bersama Wanita PAS dan Wanita DAP untuk berkempen sepanjang 22 hingga 30 Januari ini bagi memastikan calon wanita Pakatan Rakyat ini menang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan