KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Januari 19, 2011

Tun Razak BUKAN Pengasas Felda: 22 juta rakyat Malaysia tertipu dakyah Umno dan Najib!

Seramai 29 juta rakyat Malaysia khususnya 22,000 kakitangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), 112,635 peneroka di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara dan 3 juta ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno Baru) tentunya akan merasa amat terkejut dan sukar menerima fakta ini - Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Tun Abdul Razak Hussein BUKAN pengasas Felda, lapor Dzulkarnain Taib dari Suara Keadilan.

Selama lebih 50 tahun, Umno telah menipu rakyat negara ini dengan menyelewengkan sejarah sebenar penubuhan Felda dengan mengatakan agensi tersebut telah ditubuhkan oleh Abdul Razak, Bapa Pembangunan Malaysia dan juga ayah kepada Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Mohd Najib dan dengan hujah kaitan itu maka Umnolah yang berperanan besar menubuhkannya.

Malah Najib menggunakan alasan ini untuk meletakkan Felda di bawah jagaannya setelah beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2004. Najib juga pernah menyatakan seolah-olah beliau mewarisi tanggungjawab untuk membela peneroka Felda dari ayahnya. Disember lalu, semasa merasmikan majlis penutup Karnival Ikatan Hati Warga Felda (Iktiraf) 2010 di Putrajaya, Najib melabelkan pihak yang mendakwa Felda bankrap sebagai pengkhianat bangsa.

Sebelum ini lidah rasmi Parti Keadilan Rayat, Suara Keadilan di saman sebanyak RN200 juta oleh Felda berhubung artikel 'Felda Bankrap' yang disiarkan dalam akhbar itu Mei lalu. Susulan itu juga Kementerian Dalam Negeri enggan memperbaharui permit penerbitannbya apabila ia tamat tempoh pada 30 Jun lepas. Penyelidikan Suara Keadilan membongkarkan idea asal penubuhan Felda sebenarnya datangnya daripada penjajah Inggeris di Malaya ketika itu. 

Tiada ulasan: