Tarikh tutup penyertaan Majlis Makan Malam & Dialog para blogger pro Pakatan Rakyat bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sehingga esok, Khamis 6 Januari. Semua blogger pro PR yang belum mendaftar untuk hadir ke majlis ini boleh berbuat demikian. Sebarkan kepada rakan-rakan yang memiliki blog, daftarkan dan datang bersama.
Sekali lagi saya Tarmizi Mohd Jam bagi pihak Urusetia Kerajaan Kelantan menjemput saudara dan saudari hadir ke majlis ini yang akan berlangsung pada 15 Januari 2011, Sabtu jam 8.30 malam di Hotel Grand Seasson, hadapan Hospital Kuala Lumpur.
Semua blogger dikehendaki mendaftarkan diri dengan menghantar maklumat NAMA dan BLOG kepada saya melalui emel > editorxkutif@yahoo.com.my atau SMS > 019-2051419 sebelum atau pada 6 Januari ini. Anda akan diberi pass masuk dipintu dewan utama. Harap maklum.
Berita sebelum ini:

1 ulasan:
Kenapa Pemuda buat program media baru tarikh yang sama d Temerloh? Nak bawa lari blogger dari jumpa TGNA ke?
Catat Ulasan