KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Januari 19, 2011

Blogger Penarik Beca berang: Duta Besar Iran ke Malaysia puji atau sindir "Umno adalah parti Islam"

Duta Besar Iran ke Malaysia, Profesor Dr Mohammed Mehdi Zahedi dipetik oleh UmnoOnline sebagai berkata: "Umno adalah parti Islam..." (lihat mStarOnline semalam "Duta Besar Iran iktiraf Umno parti Islam"). Saya harap beliau disalah petik. Tetapi jika benar beliau berkata begitu, ia benar-benar kes klasik foot in the mouth. میشه تکرار کنید ؟ 

Kalaulah benar dia kata gitu dan kalau dia dari jenis pemalas dan tak buat homework, saya nak bagi tau Mamat tu bahawa tok ayah utama Umno kini, Tun Dr Mahathir Mohamad kata, Umno sudah jadi parti perasuah. Beliau juga menulis bahawa Umno busuk hingga ke ususnya.

Ketika bercakap kepada wartawan pada 20 April 1983, Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak kata, "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan". Parti perasuah yang busuk hingga ke ususnya serta berpresidenkan orang yang menghina undang-undang Islam (kalau tak nak buat pun, janganlah hina dan bikin blasphemy macam Salman Rushdie), tiba-tiba diiktiraf oleh seorang Mamat Iran sebagai parti Islam - kalau benar dia kata gitu.

Kalau benar Mamat tu kata gitu, hebat. Tak tahulah mana yang hebat. Parti perasuah yang hebat kerana duduk tak duduk jadi parti Islam atau Mamat Iran tu yang hebat kerana mempunyai kuasa luar biasa dan boleh mensucikan parti perasuah yang busuk hingga ke usus dalam sekelip mata dan menjadikannya parti Islam.

Mamat tu diplomat. Diplomat mestilah bersifat diplomatik dalam kata bicaranya. Tetapi, kalau nak berdiplomasi pun, janganlah sampai senang-senang memberikan predikat Islam sana-sini. Islam bukan mak bapak kita punya.

Saya juga terfikir, mungkin Mamat tu nak bermujamalah dengan Umno yang menjadi parti yang memerintah dalam negara ini. Mungkin dia berharap selepas ini orang-orang Syiah seperti saya tidak lagi diburu seperti binatang oleh alat perkakas Umno seperti Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Mungkin. Saya tak tahu apa niat dia.

Tetapi kalaulah begitu, hebatnya. Yang diburu seperti binatang kena bermurah hati dan tabur-tabur predikat Islam sana-sini. Selepas itu tak diburu lagi malah dipuja, disanjung. Wow, mudahnya! Kerana saya tak jadi ahli parti mana pun, bayangkan selepas ini saya berebut-rebut nak join Umno kerana diiktiraf sebagai parti Islam oleh duta Iran. Kalaulah jadi begitu, wow hebatnya!

Sumber > Penarik Beca menulis artikel ini sebagai reaksi terhadap kenyataan Duta Besar Iran ke Malaysia beberapa hari yang lalu tentang "Umno adalah parti Islam".

Tiada ulasan: