"Tuan speaker Dewan Undangan Selangor telah mengumumkan yang kerusi Dun Perlabuhan Klang kosong. Kekosongan ini kerana selama 6 bulan, Badrul yang menjadi Adun di kawasan ini telah hilang lenyap entah kemana, dakwa Hishamuddin Rais dalam blognya Tukar Tiub tengahari ini.
Katanya, Badrul tidak ada menulis surat sakit, tidak ada khabar berita. Mengikut Perlembagaan Selangor, setelah dua kali gagal untuk hadir ke majlis mesyurat tanpa memberitahu Speaker atau memberi surat hospital maka dun ini akan diistiharkan kosong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan