KLIK JOM FOLO DI SINI

Rabu, Januari 12, 2011

"SuaKasih" bukan "SuaHeboh" berjaya tonjolkan PAS dalam masyarakat majmuk kota kosmopolitan


Gerai kartun yang dikendalikan kartunis Manza, Art dan Sham daripada kumpulan kartunis Manzar Studio Production antara tarikan utama pengunjung pada Program "SuaKasih Kita Bersaudara" anjuran Pusat Khidmat ahli parlimen Titiwangsa dan Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, 9 Januari lalu.

Malah kanak-kanak yang menyertai peraduan mewarna dan melukis daripada pelbagai kaum juga berpeluang mendapat bimbingan daripada mereka mengenai asas melukis sebelum memulakan pertandingan. Pengunjung juga tidak melepaskan peluang  wajah mereka dipotretkan kartunis terkenal itu dengan bayaran semurah RM 10.                                                       
                 
Selain acara mewarna dan melukis,  program yang bertempat di tapak Kompleks Pendidikan Titiwangsa, Jalan Gurney  itu turut dimeriahkan dengan acara eksplorasi minda yang disertai golongan remaja yang dijalankan di kawasan sekitar.

Program khidmat kesihatan percuma yang disediakan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), dan persatuan rawatan secara Islam mendapat sambutan yang memberangsangkan.Turut mendapat sambutan, kaunter pendaftaran derma organ dan perkhidmatan derma darah serta rawatan refleksologi dari orang kelainan upaya (OKU).

'Charity Car Wash' juga memberi peluang kepada pengunjung  mencuci kereta mereka sambil menderma bagi mengisi Dana Tabung Kami Prihatin, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat PAS Pusat. Turut berlangsung lelongan amal barangan berharga milik pimpinan PAS. Antara barangan yang mendapat perhatian ialah tongkat milik bekas Mursyidul Am PAS, Almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa dengan bidaan RM500.

Para pengunjung juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila setiap mereka diberikan 'door gift' istimewa serta ada yang pulang dengan senyuman apabila memenangi cabutan bertuah penginapan dua malam ke Cameron Highland.

Program tersebut ternyata mendapat sokongan pengunjung bukan Melayu sesuai dengan matlamatnya yang mensasarkan kunjungan kepelbagaian kaum apabila sekumpulan  kaum India tiba dengan bas yang disewa khas. Kombinasi paluan gendang tiga budaya yang menyambut ketibaan 'dua tok guru' pada sebelah petang menambah seri program tersebut sekaligus mempamerkan kesepaduan antara  kaum  bersesuaian dengan matlamatnya yang menekankan semangat persaudaraan dan anti perkauman.

Malahan, ketibaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut disertai dikir barat selawat yang didendangkan kumpulan Dikir Barat Salam Pantai Timur dari Kelantan.

Suasana menjadi sayu seketika apabila Pengerusi Sekretariat "SuaKasih Kita Bersaudara", Aiman Athirah Al Jundi  menyampaikan ucapannya. Athirah tidak dapat menahan sebak apabila mengimbas segala susah senang sepanjang ekspedisi dakwah Kita Bersaudara yang diadakan di seluruh manusia termasuk kunjungan ke perkampungan orang asli serta ke Sabah dan Sarawak.

Kemuncak program apabila  Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merasmikan program tersebut dengan memotong bunting "SuaKasih" dan seterusnya melancarkan logo "Kita Bersaudara" yang menggunakan tag line "Saling Memahami, Saling Menghormati dan Saling Mengasihi". 

Sebelum majlis berakhir, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyampaikan sijil keahlian seumur hidup kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). Antara pimpinan DHPP yang hadir, Hu Pang Chow; N.Balasubramaniam; Vincent Lee; R. Kumutha dan Balendran Balasubramaniam.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Ghazali juga tidak ketinggalan menyampaikan bantuan kepada saudara baru daripada keturunan Bidayuh.

Program penuh warna warni itu turut diserikan dengan kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat daripada pelbagai peringkat. Antara yang hadir Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustapha Ali;  Exco Kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali; Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh; serta Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Mohamad Noor dan Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli. 

Turut hadir, Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad; serta Ahli Parlimen Pendang, Dato' Dr Mohd Hayati Othman. Exco KeADILan, Badrul Hisham Shaharin juga antara tetamu yang memeriahkan majlis tersebut.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

In fаct nο matter іf someone doeѕn't be aware of after that its up to other visitors that they will help, so here it happens.

Also visit my page :: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Hі there very nіce website!! Ϻan .. Excellent
.. Wonԁerful .. I ωill bоokmark уоur blog anԁ
takе the feеds additiοnally?
Ι am happy tο sеarch οut a lot of helpful info right hеre wіthіn the publіsh, wе nеed wоrκ out extra teсhniques
on this rеgard, thank yоu for ѕharіng.
. . . . .

Ϲheсk οut my pagе Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

Hello would you mind letting me know which webhost you're working with?
I've loaded your blog in 3 completely different browsers and I must say this blog loads a
lot faster then most. Can you recommend a good hosting provider
at a reasonable price? Cheers, I appreciate it!


My web-site ... Leeds IT support