Adun-Adun DAP Perak nampaknya tidak akan memboikot Majlis Angkat Sumpah YB Ir. Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak petang ini di Istana Iskandariah!
By MALAYSIAKINI
SALAH faham berhubung isu pelantikan Menteri Besar baru Perak telah selesai, kata Pengerusi DAP Perak.
Berikutan itu, katanya, semua ahli Dewan Undangan Negeri (DAP) akan menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar, Mohamad Nizar Jamaluddin dari PAS.
Upacara mengangkat sumpah akan berlangsung di Istana Iskandar, Kuala Kangsar pada jam 4 petang ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham kepada Malaysiakini pagi ini.
Ngeh yang juga Adun Setiawan dilantik Timbalan Menteri Besar I.
Manakala jawatan Timbalan Menteri Besar 11 akan dilantik dari kalangan wakil rakyat keturunan India.
Wakil rakyat PAS Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar Perak selepas gabungan DAP-PAS-PKR berjaya menawan Perak.
Mohamad Nizar, seorang jurutera, menang di kerusi Pasir Panjang dengan majoriti 4,474 undi.
Bagaimanapun, semalam, pemimpin DAP, Lim Kit Siang berkata pelantikan Nizar tidak direstui jawatankuasa eksekutif DAP.
Berikutan itu, beliau berkata, Adun DAP tidak akan menghadiri upacara angkat sumpah menteri besar hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan