KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mac 15, 2008

Ahmad, Mohd Awang Dan Rosul Disebut-sebut Bakal MB Terengganu GANTI IDRIS?

Idris didesas-desuskan tidak mendapat perkenan Sultan dan Istana mahu nama lain dikemukakan segera.

By TARMIZI MOHD JAM

23 ADUN Terengganu yang sepatutnya mengadakan perjumpaan dengan Majlis Penasihat Pemangku Raja Terenganu (MMPR) dibatalkan disaat-saat akhir pagi tadi di sebuah hotel di Putrajaya.

Laporan TV3 dan Berita RTM tengahari tadi mendapati kerusi-kerusi kosong dan beberapa orang kerabat Terengganu berlegar di hotel tersebut. Pertemuan itu dibatalkan.

Kesemua mereka kemudiannya bergerak menuju Jabatan Perdana Menteri menemui anak Badawi di Putrajaya. Kira-kira 11 kenderaan yang membawa Adun itu dilihat memasuki perkarangan Jabatan Perdana Menteri kira-kira jam 2 petang.

Dua jam kemudian kederaan itu dilihat keluar tanpa memberikan sebarang komen kepada pihak media yang menunggu sejak pukul 12 tengahari tadi.

Berita Sanggahtoksago.Com difahamkan perjumpaan itu yang tidak dihadiri Idris Jusoh, penyandang jawatan Menteri Besar ada kaitan dengan isu perlantikan Menteri Besar yang sudah berlarutan sejak minggu lepas.

Idris didesas-desuskan tidak mendapat perkenan Sultan dan Istana mahu nama lain dikemukakan segera.

Lantaran itu, timbul pelbagai spekulasi mengenai calon yang akan mengisi jawatan tersebut. Yang disebut-sebut termasuk Adun Kijal Datuk Ahmad Said, Adun Cukai Datuk Mohd Awang Tera dan Adun Ajil Datuk Rosul Wahid.

BN menghadapi jalan sukar sejak tewas di lima negeri untuk mendapatkan perkenan Sultan.

Selain Terengganu, kemelut yang serupa juga sedang menyelubungi Perlis Indera Kayangan apabila Sultan enggan memperkenankan Shahidan Kasim sebagai Menteri Besar sebaliknya memilih Datuk Mohd Isa Sabu.

Tiada ulasan: