KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mac 01, 2008

7 Hari Kempen: ANGIN PERUBAHAN Bertiup Kencang Di TITIWANGSA!

Kelihatan petugas "bersengkang biji mata" menyiapkan kerja-kerja penyediaan bahan kempen

Sdra. Ramli Wagiman, Haji Suhaimi (tengah) menunjukkan poster calon, Dr. Lo Lo sebelum sesi taklimat kepada rombongan JPN Wilayah dimulakan.

Taklimat ringkas Haji Suhaimi kepada Pengarah Pilihan Raya, Ishak Surin dan Timbalannya, Tarmizi Mohd Jam serta Bendahari JPN, Haji Ismail Yahya

By TARMIZI MOHD JAM


PAS Kawasan Batu yakin, Dr. Lo Lo Datuk Ghazali yang menjadi calon Parlimen Titiwangsa, makin mara ke depan dan sedang disambut oleh pengundi di kawasan ini.

Demikian ditegaskan oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kawasan (JPrK) Batu, Haji Suhaimi Abdul Rahman dalam kunjungan Pengarah Pilihan Raya Wilayah dan rombongannya ke Bilik Gerakan PAS di Jalan Pahang Barat off Jalan Pahang, tidak jauh dari Pejabat Harakah.

Katanya, gerakerja berterusan dan sokongan rakyat mulai menampakkan kecondongan mereka kepada PAS, menjadi asas perubahan yang dikatakan sedang melanda seluruh negara, kini benar-benar dirasai di sini.

Selain itu ujarnya, sokongan kaum Cina dan India paling ketara dan ini tidak berlaku sebelum ini, terutama di Desa Rejang.

PAS Kawasan Batu menyewa sebuah pejabat di tingkat bawah selama 15 hari sepanjang kempen pilihan raya ini pada harga RM3,600 bagi mempastikan segala isu dan gerakerja dapat ditangani dengan efektif.

Suhaimi amat berpuashati dengan sokongan ahli-ahli PAS Kawasan Batu yang terlihat bekerja bersungguh-sungguh hingga ke pagi dan bilik gerakan begitu meriah dengan kerja-kerja pemasangan poster, banner dan bendera serta bermesyuarat saban malam.

PAS Kawasan Batu adalah antara kawasan bantu yang diarahkan membantu Parlimen Titiwangsa bersama kawasan lain seperti Kepong, Bukit Bintang, Setiawangsa, Wangsa Maju dan Seputih.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah PAS Batu! Berdasarkan gambar kelihatan gerakerja penuh sisitematik dan terancang. Boleh sewa Bilik Gerakan RM3,600 sebagai komitmen cukup membanggakan. Jika semua kawasan bantu boleh berbuat demikian, sudah tentu beri impak besar kepada BN!

Tanpa Nama berkata...

patut pas batu dah boleh ambik semula parlimen batu dan bertanding. kekuatan nampak gagah. pimpinan kawasannya ramai yang hebat-hebat. apa kata pru 13 pas batu tuntut dari pkr bertanding pulak. tak puashati kalau pas tak letak calon di batu.

simpati pas

Tanpa Nama berkata...

Sudah sampai masanya, suhaimi tu jadi calon tak kira la kat batu atau di mana-mana. bila lagi?