Anwar antara pemimpin yang layak untuk gembira dan ketawa dengan kemenangan luar biasa Barisan Rakyat menguasai Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur!
By TARMIZI MOHD JAM
ANWAR Ibrahim menyifatkan semangat muafakat yang ditunjukkan oleh pemimpin PAS, DAP dan PKR Perak, telah berjaya memeterai persafahaman antara ketiga-tiga parti utama di Perak mengenai pembentukan kerajaan negeri Perak.
Beliau merupakan Ketua Umum PKR mengajak mereka menumpukan tugas menguruskan kerajaan negeri dengan telus dan prihatin terhadap permasalahan rakyat.
Jelasnya, apabila tercetus isu rasa tidak puas hati PKR Perak trehadap agihan kerusi Exco, beliau terus merujuk kepada pimpinan KeADILan, PAS dan DAP memohon agar dipertimbangkan isu pembahagian kerusi Exco yang lebih adil dan saksama.
"Alhamdulillah, muafakat kini tercapai sudah. Kegawatan sedikit ini perlu dimengerti dan dimaafkan," tegas beliau pada blognya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan