KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mac 15, 2008

Muafakat: 6-3-1, Dengan PKR 1 Timbalan MB Dan 1 Senator!

By TARMIZI MOHD JAM

TIMBALAN Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali hari ini mengesahkan bahawa muafakat telah dicapai berkenaan pembentukkan kerajaan negeri Perak.

Satu kenyataannya kepada Suara Keadilan, menjelaskan, hasil muafakat tersebut, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS dilantik Menteri Besar, Ngeh Koo Ham dari DAP dilantik Timbalan Menteri Besar Pertama dan jawatan Timbalan Menteri Besar Kedua akan diperuntukkan kepada PKR.

Untuk kerusi Exco pula, 6 kerusi akan diperuntukkan untuk DAP, 3 untuk PKR dan hanya satu untuk PAS.

Selain itu, satu daripada dua koata senator Perak ke Dewan Negara yang diperuntukan akan diberi kepada PKR.

Tiada ulasan: