KLIK JOM FOLO DI SINI

Ahad, Mac 09, 2008

APA DAH JADI: Terkejut PARIT KALAH! Terubat TITIWANGSA Cipta Sejarah...

Tarmizi ketika berkempen membantu Dr. Lo Lo di Flat Sri Perlis, Datuk Keramat bersama rakan-rakan Cikgu Ishak Surin, Cikgu Nordin MH Noor dan Cikgu Zainal Mokhtar

Akhirnya, Dr Lo Lo Datuk Ghazali menumpaskan calon BN, Aziz Jamaluddin Md Tahir. Kini Parlimen Titiwangsa milik PAS. Kerja keras Dr. Lo Lo tidak dapat dinafikan, kemenangan itu wajar untuk "si mutiara" PAS di Wilayah Persekutuan ini.

By TARMIZI MOHD JAM


JAM 3 petang tadi, Ahad saya meninggalkan Parit yang suram. PAS dan PKR gagal menjadikan kerusi "panas" itu menjadi "lebih panas".

Saya mengundi di Sek. Men. Sultan Muzaffar Shah (1) Lambor Kanan kira-kira jam 11.10 pagi. Bergegas meninggalkan Kuala Lumpur jam 7 dan tiba kira-kira jam 10.40 pagi.

Parlimen Parit, Dun Bota dan Blanja terus disandang oleh BN dalam senario gamat, kawasan lain mengguruhkan kemenangan yang tidak disangka-sangka.

PAS menang di Dun Changkat Jong dan Pasir Panjang. Suatu yang diluar kotak fikir sesiapapun. Tumpuan barangkali di Dun Rungkup. Misbahul Munir dijangka menang tetapi kalah tipis.

Malam tadi, bertalu-talu call dari rakan-rakan seluruh negara memberitahu perkembangan terkini tentang keputusan pilihan raya di tempat masing-masing.

Baik dari Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah, Wilayah Persekutuan dan negeri kelahiran saya, Perak Darul Redzuan. Mereka bertanya, terkejut, terharu dan ada yang kecewa.

Saya mengikuti laporan keputusan itu melalui televisyen bersama aktivis dan penyokong PAS di Bilik Gerakan UPU Telok Bakong.

Bukan lagi sesekali, laungan takbir dipekikan. Ia terus menerjah kuat bila lebih banyak kawasan-kawasan Dun dan Parlimen jatuh ke tangan PAS, PKR dan DAP.

Pagi-pagi lagi saya bertemu dengan Ketua Cawangan PAS Lambor Kanan, Cikgu Shaari Mahmus atau Cikgu Alang.

Saya datang bersama Cikgu Rafie Kasini, mantan Setiausaha PAS Parit.

Meninjau pandangannya. Kami minta bersiap agar bersedia untuk menjadi Ketua Kampung, Pengerusi Masjid dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan Dewan Orang Ramai serta lain-lain prasarana yang di bawah bidang kuasa negeri.

Perak tidak disangka-sangka, menjadi negeri pembangkang. DAP menang 18 kerusi, PKR 12 dan PAS 6 kerusi Dun. Ini bermakna, BA mampu membentuk kerajaan selewat-lewatnya Isnin ini.

Namun, siapa Menteri Besar yang baru masih dirundingkan? Banyak sumber menyebut YB Ir. Nizar Jamaluddin, Adun Pasir Panjang, Lumut bakal mengertuai negeri itu.

YB. Ir. Nizar adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak yang bersuara lantang, tegas serta berani.

Namun, sehingga senja tadi katanya, satu sumber memberitahu saya terdapat campur tangan Anwar dan Lim Kit Siang untuk meletakkan calon MB dari parti PKR. Bukan dari PAS. Wallah'uaklam.

Kejutan BA di Perak cukup menyenakkan. Apatah lagi Khir Toyo yang gagal menggemilangkan Selangor, meruntuh hati anak Badawi, kecewa dan lelah.

Kedah juga, kurang dijangka menang tapi akhirnya memberi laluan Azizan Abdul Razak menimbus Mahadzir Khalid, MB Kedah dari BN.

Keputusan di Perlis penuh "misteri", satu kerusi Dun pun gagal diraih PAS. Kata satu sumber, Shahidan sudah membela pengundi yang berjumlah kecil itu macam "lembu fidlot" yang sentiasa "ditanggung" makan.

Tersungkurnya Awang Adek juga memusnahkan kempen "bodo" Khairy Jamaluddin "pade doh" merampas Kelantan dari tangan PAS. Bukan sahaja kalah di Dun Perupuk tapi Awang tercicir kerusi Parlimen Bachok yang kini dirangkul oleh Nasharuddin Mat Isa dari PAS.

Niat BN untuk menumpaskan PAS Kelantan tidak kesampaian. 18 tahun sudah lama, kata mereka. Tetapi, kerajaan Gerakan di Pulau Pinang yang juga sudah 18 tahun, tiba-tiba tumpas ditangan DAP, PKR dan PAS.

Rakyat memberi signal jelas, dan menyambut angka 18 tahun yang dikatakan sudah lama. Harapkan Kelantan yang tumpas tetapi Pulau Pinang pula terlepas.

Malam ini, saya ada mesyuarat Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah, kira-kira jam 9.30 malam. Insyaallah, tengah malam ini beberapa news dan komen akan dipostingkan.

Tahniah dari saya kepada Dr. Lo Lo Datuk Ghazali atas kemenangan yang dicapai. Belum terlewat rasanya mengucapkan tahniah ini.

Semoga ia membuahkan kejayaan yang lebih gemilang lagi. Saya "tabik" kerja keras Dr. Lo Lo yang tidak mengenal erti jemu dan jerih.

Berbaloi sungguh dengan kemenangan ini kerana tiada ruang langsung direhatkan melainkan terus berkempen dan berkempen, naik flat turun flat, masuk pasar ke luar pasar, bertemu pengundi tegar.

Angin perubahan sudah membadai. Dr. Lo Lo bijak menyambutnya. Tahniah juga kepada jentera pilihan raya PAS seluruhnya. Bekerja kerana Allah terserlah jelas, tonggak kejayaan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya sedikit kecewa apabila pembangkang gagal tawan Parit dan Pasir Salak.

apapun kemenangan Dr Lo'lo sangat mengujakan!

sampaikan salah saya buat beliau.

adihamka

Tanpa Nama berkata...

When our body is to synthesize collagen, which is
why I need to streamline my life and after a Parkinson's diagnosis. Hooda said that the Sena would not give up. Balachandar inAlaganmovie as male enhancement newsletter a child or indeed at any time you feel your progress is delayed. This means that every day, for example, start practicing deep breathing or meditation. The desperate can consume unprescribed amounts of Male Enhancement Newsletter drugs, which are not converting. A TENS unit uses electrical shocks to block pain signals that are being presented.

Visit my web-site :: proenhancereview.com