KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 11, 2008

Cikgu Ezam Nyaris-Nyaris MENUMBANGKAN Datuk Satim Diman

Cikgu Ezam adalah anak jati Perak yang kini bermastautin di Subang Jaya. Seorang yang ramah, tegas dan berjiwa marhaen.

By TARMIZI MOHD JAM

KEKALAHAN amat tipis rakan saya, Cikgu Ezam atau Ahmad Izham Ahmad di Dun Sri Serdang, Selangor cukup mengecewakan.

Kecewa kerana undi orang-orang Melayu tidak sehebat perubahan sikap yang dibawa oleh rakan-rakan bukan Melayu. Cikgu Ezam sudah sewajarnya menang jika ditinjau trend pengundi dan keputusan pilihan raya terburuk buat BN kali ini.

Cikgu Ezam adalah Timbalan Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pekerja PAS Pusat dan saya salah seorang exco lajnah berkenaan. Tentu sekali, amat terkilan dengan kekalahan beliau.

Kekalahannya cukup tipis dan nipis dengan majoriti BN 45 undi. Calon bertahan BN, Datuk Satim Diman mendapat 18,932 undi dan Cikgu Ezam meraih 18,887 undi.

Bagi saya, majoriti tipis 45 undi adalah isyarat jelas rakyat menolak BN berbanding majoriti yang dipungut Satim dalam pilihanraya 2004 sebanyak 10, 545 undi.

Kami dari Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah (JPN) mengucapkan tahniah atas pertarungan sengit dan sokongan rakyat terhadap Cikgu Ezam di Dun yang kali pertama diuji, Sri Serdang.

Maaf juga, saya dan Cikgu Ishak Surin tidak dapat untuk ziarah apatah lagi berkempen untuk Cikgu seperti yang kita bincang di saat-saat mula bubar parlimen dulu.
Cikgu Ezam adalah anak jati Perak yang kini bermastautin di Subang Jaya. Seorang yang ramah, tegas dan berjiwa marhaen.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum...

Saya tinggal di kawasan Puchong Prima..jadi cikgu ezam ni menjadi calon di kawasan tempat saya...menurut kawan kawan saya..undi yg menjadi penyebab..cikgu ezam ni kalah ialah dr kawasan Puchong Perdana,Puchong Indah dan Kg Sri Aman...di kawasan Dato Satim iaitu di Sri Serdang, penduduk di situ mengundi menentang beliau.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum
Saya dengan sukarela telah membantu UPU Puchong Utama,dimana ketika hari pengundian di SK Puchong Utama 2 memang menarik dengan para pengundi ramai menggunakan pondok BN untuk menyemak nama tetapi telah mengundi Cikgu Ezam.