KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 11, 2008

Pemimpin BN & Media AMPU, Belajarlah dari BLOGGERS & Wartawan INTERNET!

Pilihan raya ke 12 kali ini benar-benar telah menyedarkan rakyat tentang kuasa undi mereka dan mampu "mengganyang" BN secara efisyen...

By KETUA PERUSUH

RAMAI rakan-rakan dalam dunia perniagaan rata-rata menghentam saya kerana kuat menyokong pembaharuan yang dibawa oleh Barisan Rakyat.

Malah ada yang mencadangkan saya agar pada PRU 13 mendaftar menjadi calon. Ketawa besar saya atas cadangan tersebut.

Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya sama sekali tidak akan menjadi calon mana-mana parti dalam mana-mana pilihan raya sama ada kecil mahupun umum.

Berbalik kepada tajuk yang saya kemukakan di atas, nampaknya pihak Barisan Nasional (terutamanya calon-calon yang masih menang) masih lagi terlena dibuai mimpi yang panjang.

Manakan tidak, sehingga ke saat ini mereka masih lagi terpinga-pinga mencari titik punca yang menyebabkan kekalahan besar Barisan Nasional kepada Barisan Rakyat sehinggakan kehilangan 4 negeri (1 Wilayah Persekutuan) dan nyaris-nyaris hilang beberapa lagi negeri seperti Negeri Sembilan dan Melaka.

Malah akhbar harian seperti Berita Harian dan lain-lain lagi (yang dikuasai oleh UMNO dan rakan sekutu mereka) nampaknya masih lagi tidak mahu mengambil iktibar atas apa yang berlaku malah menghangatkan suasana sehinggakan terserlah ke”bodoh”an wartawan dan para editor mereka.

Nasihat saya kepada mereka ialah “Belajarlah Berpijak Di Bumi Yang Nyata”. Belajar-belajarlah dari wartawan internet mahupun dari penulis blog.

Pimpinan atasan Barisan Nasional rata-rata masih lagi tercari-cari apakah sebabnya yang telah mencetuskan “Tsunami Politik” yang sekarang ini telah melanda empat negeri dan satu Wilayah Persekutuan.

Pelik sungguh rasanya melihat mereka tercari-cari sesuatu sedangkan semuanya telah terhidang di depan mata mereka sejak sekian lama.

Adakah mata mereka telah dikaburkan oleh salahlaku, tumbuk rusuk atau maksiat yang selama ini terpalit dengan mereka. Mungkin juga Allah S.W.T telah menggelapkan hati nurani mereka untuk melihat cahaya.

Cahaya terang yang menunjukkan satu arah yang dikehendaki oleh sekalian rakyat marhaen tidak kira apa peringkat, usia mahupun bangsa.

Bangsa Malaysia kini telah menolak Barisan Nasional dan beralih arah kepada Barisan Rakyat.

Tidak mustahil jika Barisan Rakyat ini bersepakat dan menunjukkan sikap kepimpinan dan pentadbiran yang amanah, telus dan berhemat, maka pada PRU13 nanti pastinya mereka akan menguasai lebih banyak lagi kawasan (negeri) di Malaysia dan akhirnya boleh membentuk Kerajaan Malaysia yang baharu.

Jika Pimpinan Barisan Nasional dan para penyokongnya masih lagi terlena, kita (Bangsa Malaysia) biarkan sahaja mereka terus dibuai mimpi-mimpi. Jangan kita kejutkan mereka kerana jika mereka dikejutkan nanti mungkin mereka akan pengsan sekali lagi atau terus “JALAN @ PADAM”.

Kepada mereka-mereka (Pimpinan Barisan Nasional dan para penyokongnya) yang bersekongkol melakukan penipuan dalam pilihan raya kali ini, maka inilah balasan yang Allah S.W.T telah janjikan di mana Allah S.W.T sahaja yang sebaik-baik pembalas penipuan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ustaz, kalau orang nak sangat ustaz bertanding, apa salahnya, terima ajalah asalkan jangan atas tiket BN. Pasti menang punya! Ustaz takut tak boleh kendalikan blog ni lagi ke? Ustaz serupa Meli (Kapak Jangak) juga ke? Dia tu nak jadi pro-UMNO supaya ramai yang silau-kelih blog dia. La ni nak aktif UMNO pulak. Tolong nasihat dia sikit ustaz!

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Ustaz Tarmizi tak tanding praya 12? Kalau tanding mesti jadi YB punya.Sayang sekali Ustaz tak masuk tanding. Saya ingat, ada satu bloggers tanding dan menang. Betul tak? Blog Cina Islam tu, diselenggarakan oleh YB Dr. Khalil Idham Lim, kini Adun Titi Serong dari Parlimen Parit Buntar, betul tak? Ustaz juga ada potensi. Berbanding dengan Dr. Khalil, Ustaz lagi tersohor sebab nama Ustaz ni saya kenali sejak dari sekolah menengah lagi sebagai penulis buku politik dan banyak juga menulis rencana politik kat akhbar. Harap ustaz masuk pilihan raya ke 13 nanti bagi tentangan sengit dengan BN.