Timbalan Pengarah Pilihan Raya PAS Wilayah, Tarmizi Mohd Jam menyambut ketibaan Tok Guru Nik Aziz ke pentas ceramah Dewam Persint 9, Putrajaya sewaktu kepen pilihan raya lalu!
By TARMIZI MOHD JAM
DOA Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat termakbul akhirnya, yang berharap Dr. Awang Adek yang bercita-cita untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan dan menjadi Menteri Besar BN, tidak tertunai.
Pada pilihan raya lalu, Awang Adek yang sudah diistiharkan bakal Menteri Besar Kelantan jika BN menang, bertanding di dua kerusi iaitu Dun Perupok menentang Datuk Omar Muhamad dari PAS (penyandang) dan Parlimen Bachok (penyandang Awang Adek) menentang Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.
Awang Adek tumpas dan diaibkan dikedua-dua kerusi tersebut. Wajahnya berubah dan panik (disiarkan secara langsung oleh tv) apabila ditanya wartawan berkenaan hasrat menawan Kelantan, ketika PAS terus diumumkan kemenangan demi kemenangan.
Di Parlimen Bachok, Nasharuddin mendapat 28,835 undi dan Awang Adek memperolehi 25,934 undi dengan majoriti sebanyak 2,901 berbanding pilihan raya lalu 1,698.
Di Dun Perupok pula, Awang ditewaskan oleh penyandang kerusi itu, Datuk Omar Mohd dengan majoriti 1,270. Awang memperolehi 8,235 undi sementara Omar mendapat 9,505 undi.
Beberapa hari sebelum tiba hari pembuangan undi, Tok Guru Haji Nik Aziz mendoakan agar BN tidak menang di Kelantan dan hasrat Dr. Awang Adek untuk menjadi Menteri Besar tidak dimakbulkan Allah SWT.
Dalam interbiu eksklusif Mingguan Wasilah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau yakin rakyat Kelantan sudah cukup licik dan bijak untuk membuat penilaian antara PAS dan BN di negeri ini.
"Saya doakan cita-cita Awang Adek (jadi MB) tidak akan dimakbulkan Allah kerana perjuangannya setakat untuk dunia, matlamatnya hanya pembangunan, sama seperti lain-lain ideologi ciptaan manusia termasuklah komunis," tegas Adun PAS kerusi Cempaka itu.
Katanya, PAS minta rakyat undi parti itu kerana PAS mahu laksanakan ajaran Quran dalam pemerintahan.
Sedangkan BN berpegang kuat pada perjuangan pembangunan dan tidak menyebut soal dosa pahala. Tiada ajaran lain yang sebut soal dosa pahala melainkan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan