KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mac 13, 2008

DR. HASSAN ALI Disebut-Sebut Calon TIMBALAN MENTERI BESAR SELANGOR?

By KLPOST

TERKINI ADUN Ijok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selamat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Khalid yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang korporat mengangkat sumpah depan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz di Istana Bukit Kayangan.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan Peseruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali disebut-sebut sebagai Timbalan Menteri Besar bagi kerajaan campuran tersebut.

Biarpun wujud dakwaan DAP berminat dengan kerusi tersebut, namun ramai berpendapat lebih baik kerajaan campuran tersebut mengekalkan status quo yang ada.

Jika cadangan tersebut diterima, ini bermakna jawatan Timbalan Menteri Besar akan diserahkan kepada wakil dari PAS.

PKR menang dengan 15 kerusi, DAP 13 kerusi dan PAS 8 kerusi, pakatan tersebut berjaya membentuk kerajaan baru setelah berjaya menumbangkan kerajaan Umno-BN pada pilihan raya umum ke-12.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Satu lagi kelebihan calon PAS ialah beliau bekas pegawai tinggi kerajaan semasa bertugas dlm PTD - ini akan memudahkan kerjasama dghn pegawai2 kerajaan di peringkat negeri mahupun pusat.

Pengalaman beliau di Parlimen juga merupakan satu aset.

Tanpa Nama berkata...

SOKONG 110%

sniper berkata...

TAK KISAH SANGAT LA .. YG PENTING ADUN PAS DAPAT JAGA POSISI PENTING SEPERTI HAL EHWAL AGAMA DAN BAITULMAL .. SUPAYA MUDAH MEMBERIKAN TAULIAH KEPADA USTAZ2 DAN MENGHIDUPKAN BUDAYA ILMU DI KALANGAN MASYARAKAT.. DI SAMPING ITU PERLU MEMANTAU AGIHAN BANTUAN KEPADA SELURUH MASYARAKAT MUSLIM MELALUI BAITULMAL.. KITA LIHAT SELAMA INI BUKAN ASNAF YANG DIBANTU TAPI BANYAK SANGAT ANJURAN EVENT YG MENGHABISKAN DUIT BAITULMAL . BAHKAN PERTANDINGAN MUSABAQAH PUN KALAU NAK ANJUR, BUAT ALA KADAR SAHAJA .. UTAMAKAN USAHA MEMBANTU GOLONGAN FAKIR MISKIN, TERUTAMA SKIM PERNIAGAAAN KECIL DAN BERKELOMPOK MEMBANTU IBU TUNGGAL.. JANGAN BIARKAN KEMISKINAN MEMBUATKAN MEREKA HANYUT KE LEMBAH HINA ..KELAK PIMPINAN YANG AKAN DISOAL DI AKHIRAT NANTI ..BAGI ADUN BERPENGALAMAN SPT DATO DR HASSAN ALI, MAKA BOLEH LA DIMANFAATKAN PENGALAMANNYA UNTUK PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN INFRASTUKTUR NEGERI