KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mac 13, 2008

Ir Nizar ANGKAT SUMPAH Jam 4 Petang Ini Di ISTANA ISKANDARIAH

By BERNAMA

SULTAN Perak Sultan Azlan Shah hari ini memperkenankan pelantikan Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.

Nizar akan mengetuai kerajaan campuran yang akan dibentuk oleh PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam pilihan raya umum Sabtu lepas.

Majlis angkat sumpah jawatan akan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 4.00 petang esok.

Nizar, anggota DUN Pasir Panjang berkata perkenan Sultan itu dimaklumkan kepada beliau oleh Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah yang menerima rombongan pemimpin ketiga-tiga parti itu mengadap di Istana Kinta di sini 5.00 petang ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tindakan Lim Kit Siang untuk memboikot upacara angkat sumpah besok tidak boleh dipandang enteng.

Belum pun cukup seminggu menang PRU12, dah tunjuk belang. 24 jam selepas mengaku akan terima apa saja keputusan Raja Nazrin, tetiba saja mungkir perkataan. What an insult to his intelligence?

Semata-mata kerana calun DAP tidak terpilih. Sedangkan dpt juga jawatan Timbalan MB dan akan ada pula satu lagi Timbalan mewakili kaum India.

Ketua-ketua BA sekelian, kalau nak buat political horse-trading pun, berpada-padalah. Kalau nak buat lakonan politik pun, biarlah bertempat.

DAP dah dapat Penang dan menang besar di Selangor dan Perak, kira dah cukup bagus. Janganlah "mabuk kuasa" sehingga lupa segala. Di negara ini masih ada institusi beraja dan peruntukan-peruntukan tertentu perlembagaan yg perlu dihormati selayaknya.

Inikah dia gelagat sebenar partner politik BA?