KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mac 13, 2008

TOK GURU NIK AZIZ Gugur Tiga Muka Lama EXCO

Tok Guru Nik Aziz terus unggul dan dilantik semula Menteri Besar Kelantan buat penggal kelima berturut-turut, suatu pencapaian luar biasa bagi sebuah kerajaan bukan BN...

By HAJI MOHD SAYUTI OMAR

PEMBENTUKAN Kerajaan Kelantan diketuai Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berlangsung saat ini menyaksikan tiga anggota Exco digugurkan dan tiga muka baru di bawa masuk.

Tiga Exco yang tidak disenaraikan itu ialah Zulkefli Mamat (Adun Pulai Condong), Hassan Mahmood (Adun Tawang) dan Dr Nik Mazian Nik Mohamad (Adun Gaal).

Manakala tiga muka baru yang disenaraikan ialah Dr Mohamad Fadzli Hassan (Adun Temangan), Che Abdullah Mat Nawi (Adun Wakaf Baru) dan serorang wanita Wan Ubaidah Wan Omar (Adun Kijang).

Ahmad Yaacob (Adun Pasir Pekan) yang disebut-sebut turut digugurkan sebaliknya dikekalkan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Besar.

Lain-lain Exco dikekalkan ialah Mohd Amar Nik Abdullah (Adun Panchor), Takiyuddin Hassan (Adun Bunut Payung), Mejar Anizan Abdul Rahman, (Adun Kemahang) Annuar Tan Abdullah (Adun Kota Lama), Abdul Fatah Mahmood (Adun Bukit Panau) dan Husam Musa(Adun Salor).

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terus menerajui Kelantan selaku Menteri Besar.

Tiada ulasan: