KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mac 21, 2008

Lantik SHAHRIZAT Bukti Anak Badawi "TAK PERCAYA" Menteri MCA?

Tindakan anak Badawi itu sebagai "menyelamatkan" peribadi Shahrizat yang ditumbangkan Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai.

By TARMIZI MOHD JAM

ANAK Badawi seperti sudah menduga, telahan dan tuduhan orang berkenaan perlantikan Shahrizat Abdul Jalil sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri bertaraf Menteri berhubung Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial.

Menurut sumber, tindakan melantik Shahrizat itu sekaligus menggugurkan pengiktirafan beliau sebagai Perdana Menteri terhadap Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang digalas Ketua Wanita MCA, Dr. Ng Yen Yen.

Dalam satu kenyataan Perdana Menteri, Shahrizat akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pemerhati politik menyifatkan perlantikan Shahrizat satu lagi langkah kebelakang dan menggugat kehormonian komponen BN apabila fungsi dan tugas tidak berbeza di kementerian berkenaan.

Mereka juga melihat, tindakan anak Badawi itu sebagai "menyelamatkan" peribadi Shahrizat yang ditumbangkan Nurul Izzah Anwar di Parlimen Lembah Pantai.

Perlantikan itu, tidak sekali-kali atas tiket Wanita Umno seperti yang diresahkan oleh Rafidah sebelum ini, tetapi atas alasan "hubungan baik" anak Badawi dengan Shahrizat.

Apakah perlu jawatan itu di sisi anak Badawi?

Ketika semua pos Setiausaha Parlimen dimansuhkan, fungsi Shahrizat yang sudah terdapat pada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu, sebenarnya tidak diperlukan jika isu fokos kepada tugasan dipertimbangkan semula.

Ini bermakna, tugasan yang bertindih dan bertindan akan memanjat Shahrizat dan Dr. Ng Yen Yen. Adakah ini satu lagi bukti kabinet yang dinamik?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada maruah dan integriti Menteri MCA itu patut letak jawatan seolah-olah Pak lah tidak percaya kepadanya.