KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mac 21, 2008

Saff KABINET: Mengapa Anak Badawi PINGGIRKAN Rafidah dan RADZI?

Timbul tanda tanya, adakah anak Badawi masih berbincang dan mencatur dengan Khairy Jamaluddin, menantu kesayangannya itu? Atau sekadar melakar carta kabinet bersama Jeanne, isteri baru si jantung hati?

By TARMIZI MOHD JAM

TERDAPAT dua bukti kukuh, Presiden Umno tidak membincangkan perlantikan kabinet barunya bersama anggota harian Umno termasuk Setiausaha Agung dan Ketua Pergerakan Wanitanya.

Perletakan jawatan Radzi Sheikh Ahmad sebagai Setiausaha Agung mengejutkan banyak pihak termasuk para tertinggi Umno seperti Mahyuddin Yassin dan Hisyamuddin Hussein.

Hujah Radzi cukup "menyentuh hati", beliau sudah tidak diingini oleh Umno lagi dan sebab itu tidak dilantik menteri dalam kabinet baru anak Badawi itu.

"Bagaimana saya mahu menjalankan tugas parti, kalau saya bukan menteri," keluh Radzi.

Hal yang sama terjadi pada Rafidah selaku Ketua Pergerakan Wanita Umno. Beliau bukan sahaja tidak dimaklumkan penggugurannya itu, malah tidak diajak berbincang oleh Presiden Umno yang jadi tulang belakang BN dalam membentuk kabinetnya, Selasa lalu.

Dalam rungutan Rafidah, kalau dia tahu akan digugurkan dari kabinet, lebih baik dia tidak bertanding dalam pilihan raya umum lalu di Parlimen Kuala Kangsar.

Itu lebih mulia untuk undur dari dimalukan sedemikian rupa.

Menurut sumber, Rafidah bukan sahaja terkilan dengan tidak terlantiknya mana-mana Exco Pergerakan Wanita dalam kebinet tetapi lebih terkilan dirinya digugurkan tanpa sebab dan tidak dimaklumkan (dibincang) dengan beliau.

Para penganalisa berpendapat, sekalipun Perdana Menteri memiliki kuasa untuk melantik sesiapapun kekebinetnya, tetapi langkah mentepikan Wanita, Pemuda dan Puteri serta Setiausaha Agung cukup ganjil kerana mereka adalah jentera parti yang bekerja bertungkus lumus mempastikan Umno-BN menang dalam setiap kali pilihan raya.

Timbul tanda tanya, adakah anak Badawi masih berbincang dan mencatur dengan Khairy Jamaluddin, menantu kesayangannya itu? Atau sekadar melakar carta kabinet bersama Jeanne, isteri baru si jantung hati?

Tiada ulasan: