KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mac 21, 2008

RAFIDAH Dijangka KOMPROMI Dengan KU LI LAWAN Anak Badawi?

By TARMIZI MOHD JAM

KETUA Wanita Umno, Rafidah Aziz dijangka akan bertindak balas terhadap Perdana Menteri, anak Badawi dengan memimpin sayap Umno itu "menentang" dari dalam kepimpinannya.

Rafidah yang memang dikenali sebagai "orang kuat Tun Mahathir" sejak dulu hingga kini, dipercayai akan mempengaruhi para Exco Pergerakan Wanita dibawah kepimpinannya "melobi" dan "berkempen" hingga ke peringkat akar umbi bagi menurunkan Presidennya yang tidak mesra "Wanita Umno".

Sekalipun, Rafidah memberitahu pemberita, beliau tidak berkecil hati dengan pilihan Presidennya itu, tetapi tetap "terkilan" dengan langkah sumbang anak Badawi yang tidak menyelitkan sesiapapun dari kalangan Wanita Umno sebagai menteri penuh dalam kabinet barunya itu.

Dalam kenyataan Perdana Menteri, keputusan tidak menyenaraikan Rafidah dalam barisan kabinet adalah bertujuan untuk beliau menonjolkan muka baru menggantikan Rafidah yang sudah bersama kerajaan selama 32 tahun.

"Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu seharusnya memberi ruang kepada orang lain untuk mengisi jawatan tersebut," lapor Utusan Malaysia.

"Saya tidak bincang mengapa, (tetapi) beliau juga perlu memberi laluan kepada orang baru," tegas beliau.

Pada sidang media Rafidah yang diadakan di MITI, Rabu lalu amat jelas memperlihatkan sokongan padu para Exco Pergerakan Wanita itu terhadap beliau malah "terkilannya" beliau dengan sikap anak Badawi yang tidak melantik Wanita Umno dalam kabinet turut disokong dan dirasai oleh Exco-Exconya.

Rafidah juga begitu terasa dengan tiadanya pengiktirafan anak Badawi terhadap Wanita Umno keseluruhannya apabila Perdana Menteri hanya melantik Azalina Othman Said dan Dr. Marsitah Ibrahim sebagai Menteri dan Timbalan Menteri, yang pada padangannya bukanlah datangnya dari Wanita Umno.

Para pemerhati politik meramalkan, Rafidah akan berkompromi dengan Ku Li yang kini sarat dengan desakan agar semua Umno Bahagian di negara ini mendesak Umno Malaysia mengadakan Perhimpunan Agung Khas Umno bagi membincangkan masa depan Umno-BN yang kalah teruk pada PRU 12, 8 Mac lalu.

Menurut sumber, langkah anak Badawi mengetepikan Wanita Umno dan Rafidah sebagai tindakan mencipta musuh dari dalam, yang akhirnya akan menumpaskan Presiden Umno itu sendiri.

Tiada ulasan: