KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 18, 2008

Mahadzir Khalid LARIKAN Fail-Fail Penting!

By TARMIZI MOHD JAM

MENTERI BESAR Kedah yang baru, Ustaz Azizan Abdul Razak terkejut apabila memasuki pejabat Menteri Besar, tiada sebarang fail dan dokumen berada pada raknya, melainkan hanya terdapat kerusi, meja dan sebuah komputer riba.

Tegasnya, Kerajaan Kedah akan mengambil tindakan undang-undang terhadap "kehilangan" fail-fail penting kerajaan pimpinan Mahadzir Khalid, MB dari BN penggal lalu.

Azizan akan meminta pandangan Penasihat Undang-Undang Negeri bagi tujuan itu dan akan membawa kes ini ke Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah, Rabu ini.

Beliau kesal, dengan pihak yang "melarikan" fail-fail kerajaan dan beliau mahu perkara ini disiasat.

Penasihat Undang-Undang Negeri boleh membuat laporan polis atau aduan kepada BPR kerana katanya, ia adalah perkara serius.

Langkah Azizan tersebut penting bagi mempastikan segala urustadbir sebelum ini dapat disambung dengan lancar. Tetapi, dengan "kehilangan" fail-fail penting tersebut, banyak perkara akan tergendala.

Namun begitu, pemerhati politik menyifatkan "kehilangan" itu akan membuka episod baru, apakah terdapat penyelewengan yang sedang atau mahu disembunyikan oleh Mahadzir Khalid sepanjang pentadbirannya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Fail2 yg tak sempat dilarikan ada disorokkan di pejabat Elmi Yusoff Pen. Setiausaha Sulit KDYMM Tuanku Sultan. Beliau terlibat rancangan jahat .. Tanya la Puan Saodah CC Pejbt KDYMM & Sobri CC Majlis Mesyuarat Kerajaan. Mereka ni dibayar habuan.