KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 18, 2008

SMS PALSU: Tiada Ceramah TOK GURU DI STADIUM SHAH ALAM 27 Mac!

Sebaran SMS tentang program Tok Guru di stadium dan khutbah di Shah Alam sebenarnya palsu dan tiada program sedemikian dibincang oleh PAS Selangor!

By TARMIZI MOHD JAM

TIADA ceramah, tiada khutbah Jumaat Tok Guru Nik Abdul Aziz di Shah Alam, Selangor pada 27 dan 28 Mac ini. Itu semua SMS palsu yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab!

Sebelum ini, Berita Sanggahtoksago.Com dihujani pertanyaan, apakah benar ada program Ceramah Perdana Tok Guru Nik Aziz Nik Mat di Stadium Shah Alam pada 27 Mac ini?

Dan benarkah Tok Guru akan berkhutbah di Masjid Negeri, Shah Alam esoknya, Jumaat 28 Mac?

Sanggahtoksago.Com sebelum ini melaporkan tentang terdapatnya sebaran SMS yang menyebut darihal tersebut.

Adalah dipercayai, sebahagian besar penyokong Barisan Rakyat di Lembah Klang menerima SMS berkenaan yang berbunyi "MB Klntn akn smpaikn Crmh d Stadium Sh Alam Khamis 27/3/08 9.30mlm dan Brkhutbah di Masjid Sh Alam pd 28/3/08. sebarkn!"

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan, Annual Bakhri Haron menafikan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat mempunyai aturcara di Shah Alam 27 dan 28 Mac ini.

Beliau ada menerima permohonan untuk Tok Guru mengisi program di Selangor bulan April hadapan, bagaimanapun ianya masih dalam pertimbangan.

Annual menegaskan penafian terpaksa dibuat kerana banyak disebarkan SMS bahawa Mursyidul Am akan menyampaikan ucapan di Stadium Negeri pada 27 Mac dan berkhutbah di Masjid Negeri Selangor pada 28 Mac depan.

Annual menyifatkan SMS itu sebagai Awasilah dakyah Umno, apabila mereka tidak menerima kekalahan, maka mereka mula menyebar fitnah.

SMS palsu ini juga turut disangkal oleh Ketua Penerangan PAS Selangor, YB Saari Sungib.

Katanya, tiada keputusan dibuat oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor berkenaan majlis yang dikatakan pada hujung bulan Mac ini.

Dengan penjelasan dari Annuar dan YB Shaari itu, isu sebaran SMS tentang program Tok Guru di Stadium dan khutbah di Shah Alam dapat diredakan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saudara,
saya juga kesal dengan sms yg bertebaran itu. tapi saudara perlu dengar ceramah YB Ust Nasarudin Mat Isa di Kelantan pada 14/3/08.

Ust Nasa lah yg sebenarnya memulakan 'promosi' program TGNA di Stadium melawati & Masjid Negeri SA ini!

Kadang2 orang kita cepat sgt menuding jari ke arah lawan. saya benar2 kesal, sebab saya sendiri terlibat menyebarkan sms ini selepas mendengar ceramah Ust Nasa.

Siapa yg boleh menegur ust nasa @ minta dia tarik balik kenyataan itu? Ust Nasa patut bertanggung jawab & memberi kenyataan menarik balik ucapannya kerana ceramah kesyukuran yang turut dihadiri TGNA sendiri pada 14/3/08 lalu dihadiri RIBUAN manusia.

wallahu'alam.