KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mac 13, 2008

MARANG: Kubu Haji HADI Tonggak Kekuatan PAS Terengganu!

Pengaruh Presiden PAS, Haji Abdul Hadi di Marang sukar dibungkus dan Marang menjadi satu-satunya tonggak kekuatan PAS Terengganu...

By TARMIZI MOHD JAM


SATU-SATUNYA kerusi parlimen yang dimenangi oleh PAS di Terengganu ialah Marang, yang dulunya disandang oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar.

Pada pilihan raya 8 Mac llau, Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang berjaya menumpaskan calon muka baru BN, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Zubir dengan majoriti 2,747 undi.

Haji Abdul Hadi mendapat 33,435 undi dan pencabarnya Ahmad Ramzi meraih sebnayak 30,688 undi dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 85.04 peratus.

Ini bermakna, jumlah majoriti meningkat yang dipungut oleh PAS meningkat 2,747 undi berbanding dulu (2004) BN mendapat hanya 163 undi.

PAS juga berjaya menumpaskan calon BN dalam parlimen ini di dua kerusi Dun iaitu Bukit Payung (Mohd Nor Hamzah) dan Rhu Rendang yang ditandingi oleh Haji Abdul Hadi sendiri.

Sementara bagi kerusi Dun Alor Limbat, Haji Mustapha Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu tewas ditangan calon BN, Alias Abdullah dengan majoriti undi 799.

Satu lagi Dun yang dimenangi BN ialah Pangkalan Berangan. Yahya Khatib Mohamad menumpaskan calon PAS, Mohd Deraman dengan majoriti 930 undi.

Pertarungan sengit ini telah dilihat betapa kekuatan Presiden PAS itu masih kental di Marang dengan kejayaan menawan parlimen tersebut dan dua Dun berbanding kawasan parlimen lain yang menyaksikan ke semua calon PAS dan PKR tumpas termasuk Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang kecundang di Kuala Terengganu.

Pada pilihan raya 8 Mac lalu, PAS hanya mendapat satu kerusi parlimen (Marang) dari enam yang ditandingi dan lapan kerusi Dun dari 27 kawasan yang disertai.

Tiada ulasan: