KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mac 14, 2008

RAMAI Yang SOKONG LANTIK Mohd Sabu JADI SENATOR...

Haji Ismail Yahya, Setiausaha PAS Batu KL berharap, pimpinan PAS yang tewas pada pilihan raya lalu diangkat menjadi Senator seperti Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Muslimat PAS Pusat), Hanifa Maidin (AJK PAS Pusat) dan Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat)

Pengarah JPN PAS Wilayah, Cikgu Ishak Surin menyokong penuh jika Mohamad Sabu dilantik Senator bagi memanfaatkan Dewan Negara yang sering dipandang remeh oleh sesetengah pihak!

By TARMIZI MOHD JAM

PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh jika terdapat usaha untuk melantik Mohamad Sabu sebagai Senator oleh PAS Pusat atau negeri-negeri yang dikuasai oleh PAS seperti Kedah dan Kelantan.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah, Cikgu Ishak Surin mengulas berita yang tersiar dalam Sanggahtoksago.Com semalam "Mohd Sabu Bakal Dilantik Senator" yang menyebut terdapat desas-desus yang menyatakan tokoh pemidato PAS itu akan dilantik Senator pada penggal ini.

Beliau yang dihubungi berharap, PAS Pusat dapat memikirkan perlantikan itu bagi memanfaatkan kebolehan beliau serta bersetuju untuk menjenamakan semula perbahasan yang lesu kepada yang lebih bertenaga dan bermanfaat untuk rakyat.

Sementara itu, PAS Bukit Bintang juga menyokong jika ada cadangan untuk melantik mantan Ahli Parlimen Kuala Kedah itu sebagai Senator.

Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya juga turut menumpang gembira jika benar Mohamad Sabu dilantik Senator. Katanya, perlantikan tersebut akan memberikan imej positif rakyat terhadap PAS dan saf kepimpinannya.

Beliau berharap, pimpinan utama PAS yang tewas pada pilihan raya lalu diangkat menjadi Senator seperti Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Muslimat PAS Pusat), Hanifa Maidin (AJK PAS Pusat) dan Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat).

Mantan calon PAS yang hampir-hampir menewaskan Datuk Satim Deman di Dun Sri Serdang, Cikgu Ezam Ahmad pula mengalu-ngalukan agar calon PAS Parlimen Kuala Terengganu itu diberi peluang untuk terus memperjuangan nasib rakyat bukan sahaja di pentas ceramah tetapi di Dewan Negara.

Ezam yang tewas 45 undi pada pilihan raya 8 Mac lalu, berharap tokoh lantang seperti Mohd Hanifa Maidin juga, patut dilantik Senator.

Bagi mantan Setiausaha PAS Parit, Rapai Kasini Hj. Bahari keperluan Mohamad Sabu ke Dewan Negara dianggap penting untuk penguasaan penuh pejuang-pejuang rakyat meneliti dan memantau apa sahaja perbahasan berkenaan kepentingan rakyat dan negara.

"Selama ini, kita ikut apa kata mereka (BN) sahaja. Kali ini, setiap perbahasan akan diteliti dan jika didapati merugikan rakyat dan negara, menjadi tanggungjawab Senator untuk menegur dan membetulnya," tegas beliau yang amat menyokong penuh jika Naib Presiden PAS itu dilantik Senator penggal terdekat ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampaknya golongan syiah dlm pas masih cuba untuk angkat mat sabu? mungkin ya mungkin tidak.

Bagi saya mat sabu tu pilihan terakhir untuk jd senator.