KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mac 10, 2008

MB PERAK Masih Dalam TEKA-TEKI Lagi?

By TARMIZI MOHD JAM

YB Ir. Mohd Nizar Jamaluddin, Adun Pasir Panjang, Lumut masih belum diperkenan untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru bagi negeri Perak.

Sehingga petang tadi, beliau belum berbuat demikian setelah berdepan "jalan sukar" mencari persetujuan bersama antara PAS, PKR dan DAP.

Dalam sidang media Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang semalam, mengumumkan pihaknya telah menghantar tiga nama untuk diteliti oleh Istana.

Sidang media yang dihadiri seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa itu di Pejabat Perhubungan PAS Perak, menyebut tiga nama itu ialah masing-maisng dari PAS (Ir. Nizar Jamaluddin), DAP (Ngor) dan seorang dari PKR.

Petang tadi saya postingkan satu komen bertajuk "MB PAS Ke 3, Ir Nizar Angkat Sumpah Jam 4 Petang Ini" berdasarkan beberapa sumber yang boleh dipercayai tetapi perkembang terkini menunjukkan beliau masih belum berbuat demikian.

Sehingga senja ini, saya dimaklumkan ramai penyokong DAP berkumpul di hadapan Dewan Undangan Negeri Perak dan dikawal oleh Pasukan Polis Simpanan (FRU).

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sama ada calon DAP, PAS atau PKR yang dipilih sebagai MB Perak yang baru, saya harap semua pihak dapat bertenang dan menerimanya dengan lapang. UMNO nak sangat tengok ketiga-tiga parti ni bertelagah. Buktikan kepada mereka bahawa kita boleh, sebagaiman kita boleh tumbangkan mereka.