KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mac 10, 2008

MEMALUKAN BN: 4 Menteri Dan 10 Timbalan TUMPAS Dalam SUARA RAKYAT!

Nurul Izzah membuktikan anak muda mampu menyahkan seorang bergelar "ibu" dan pemimpin kepada kaum ibu Umno

Muka-muka yang ditolak rakyat... dalam pilihan raya umum ke 12 minggu lalu

By TARMIZI MOHD JAM

MEMANG memalukan BN! Laporan keputusan pilihan raya kali ini sukar untuk diputar-belitkan liputan beritanya oleh RTM dan TV3.

Komentar yang "berlapik" pada mulanya kian telus apabila lebih banyak kerusi Parlimen dan Dun dimenangi pembangkang. Skrip asal, telah jauh lari dari realiti keputusan sebenar pilihan raya.

Panelis undangan, kian bersama arus kebangkitan rakyat dalam memberikan komen. Hanya beberapa panelis yang menjadi "perkakas" BN masih berdolak-dalik dalam gebar hujahnya.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon adalah antara pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang tewas selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diumumkan setakat jam 3 pagi ini.

Selain Samy Vellu yang juga Menteri Kerja Raya; Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin; Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, juga kalah.

Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput yang diwakilinya sejak 1974 apabila tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr D Jeyakumar dengan majoriti 1,821 undi.

Samy Vellu mendapat 14,637 undi berbanding Jeyakumar, 16,458.

Aziz tewas di Shah Alam apabila meraih 24.042 undi berbanding lawannya, Khalid Abdul Samad daripada PAS yang mendapat 33,356 undi manakala Shahrizat yang mendapat 18,833 undi, kalah di Lembah Pantai kepada calon PKR, Nurul Izzah Anwar yang mendapat 21,728 undi.

Zainudin yang beralih dari kerusi Parlimen Merbok ke Sungai Petani dalam pilihan raya kali ini tewas 9,381 undi kepada calon PKR, Johari Abdul.

Zainudin mendapat 24,441 undi berbanding Johari, 33,822 undi.

Dr Koh, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang yang pertama kali bertanding kerusi Parlimen pula, tewas di Batu Kawan kepada calon DAP yang juga bekas pensyarah, Dr P Ramasamy.

Beliau hanya meraih 13,582 undi berbanding Ramasamy 23,067.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sila betulkan:

Khalid Samad adalah dari PAS