KLIK JOM FOLO DI SINI

Isnin, Mac 10, 2008

MAHATHIR Tuduh KHAIRY Punca KALAH TERUK BN!


By ABDUL HALIM RASHID

MENANTU Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin mempunyai peranan yang besar sehingga menyebabkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya semalam.

Ketika ditanya apakah penyebab kekalahan BN, Malaysiakini memetik Dr Mahathir berkata: "Saya fikir menantunya (Khairy Jamaluddin) ada peranan besar.

"Anak muda ini yang tidak pernah mencapai apa-apa sebelumnya tetapi jelas Perdana Menteri lebih bersedia mendengar daripadanya berbanding polis, anggota Cawangan Khas dan angkatan tentera, yang lebih dekat dengan masyarakat akar umbi.

"Mereka terlalu percaya pada laporan akhbar mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mendengar (sumber-sumber) yang lain. Mereka membuang apa sahaja yang mereka tidak gemar".

Mengenai kejayaan pembangkang, Dr Mahathir berpendapat, akan wujud ketidakstabilan untuk seketika apabila pembangkang menembusi banyak lagi negeri.

"Akan wujud ketidakstabilan untuk seketika. Jika pembangkang pandai, mereka boleh memperbaiki keadaan itu," katanya.

Mengenai kemampuan para pemimpin BN sekarang, Dr Mahathir tidak fikir mereka boleh mengurus ekonomi.

"Tidak, saya tidak fikir mereka boleh mengurusnya. Walaupun mereka mempunyai ramai orang dan banyak wang, mereka tidak dapat berbuat apa-apa".

Beliau bersetuju pemimpin veteran seperti Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah boleh membantu Umno.

Ketika ditanya adakah mereka perlu melawan dan memaksa Abdullah meletakkan jawatan, Dr Mahathir berkata: "Saya tidak bercakap soal pemberontakan tetapi (kita) mesti beri tekanan.

"Dan jika tekanan itu diabaikan oleh Pak Lah, maka ia akan menjadikan perkara ini suatu ketegangan".

Tiada ulasan: