Kejayaan besar yang dimenangi oleh pakatan pembangkang sebelum ini membuktikan rakyat mahukan perubahan dan kita akan berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan!
By TARMIZI MOHD JAM
BERNAMA melaporkan Dato' Seri Anwar Ibrahim meminta, semua Menteri Besar dan Ketua Menteri di lima negeri yang dikuasai pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) iaitu di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak diminta mengamalkan corak perbelanjaan sederhana serta tidak melakukan pembaziran.
Anwar yang juga Penasihat KeADILan berkata, para Menteri Besar tersebut perlu menggunakan pejabat, peralatan dan kenderaan kerajaan negeri yang sedia ada dalam usaha berjimat cermat.
"Kejayaan besar yang dimenangi oleh pakatan pembangkang sebelum ini membuktikan rakyat mahukan perubahan dan kita akan berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan itu," katanya kepada pemberita di kediamannya di Bukit Segambut di sini hari ini.
Mengenai pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai perdana menteri atas dasar tanggungjawab, berikutan keputusan memeranjatkan yang diterima oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya semalam, Anwar berkata itu merupakan perkara dalaman BN dan Umno.
Pakatan DAP, PAS dan PKR memenangi 31 kerusi kawasan Parlimen dan 40 kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di lima negeri tersebut serta membentuk kerajaan negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan