Benarkah Anwar sedang "memujuk" anggota Parlimen dari MCA, MIC dan parti-parti Sabah Sarawak menyertai Barisan Rakyat membentuk Kerajaan Persekutuan?
By TARMIZI MOHD JAM
MAMPUKAH anak Badawi bertahan sebagai Perdana Menteri dengan keputusan pilihan raya yang cukup mencemaskan ini?
Menurut sumber, Anwar dikatakan sedang giat "memujuk" Ahli-ahli Parlimen dari MIC dan MCA serta mereka yang datang dari pelbagai parti di Sabah dan Sarawak untuk menyertai Barisan Rakyat dan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.
Logiknya ada. Jika beberapa kerat Ahli Parlimen MCA dan MIC dicampur dengan anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak, sudah tentu mampu untuk menyingkirkan BN sebagai pakatan pembangkang minggu depan.
Samada betul atau tidak, banyak sumber memberitahu saya hal itu. Ia juga suatu yang logik bagi memberikan pilihan yang terkini kepada rakyat.
Apakah mudah untuk mempengaruhi mereka menyertai pakatan baru Barisan Rakyat? Ia bergantung kepada kepercayaan mereka terhadap kewibawaan anak Badawi sendiri sebagai Pengerusi BN.
Jika masih lembik dan mengantuk, rasanya bukan sahaja parti-parti di Sabah dan Sarawak akan melompat tetapi kemungkinan besar MCA dan MIC juga boleh bersama-sama dalam pakatan baru ini, yang diterajui Anwar Ibrahim.
Isu yang mungkin timbul, apakah "tawaran" Anwar kepada mereka jika mereka menyeberang dan bersama Barisan Rakyat apabila kerajaan Persekutuan yang baru, dibentuk?
Hari ini, anak Badawi yang hanya mendapat simple majority mengangkat sumpah sebagai orang nombor satu negara di Istana Negara.
Mahathir dalam komennya menuntut agar dia meletakkan jawatan Perdana Menteri sebagai mengambil tanggungjawab terhadap keputusan paling teruk dan hina yang menimpa BN sepanjang 50 tahun merdeka.
Patang tadi khabrnya, sudah ada tunjuk perasaan di Kuala Lumpur menuntut agar anak Badawi meletak jawatan. Saya cuba mendapatkan info baru berkenaan perkembangan terkini ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan