By TARMIZI MOHD JAM
SAYA menerima SMS kononya tiga wakil rakyat PKR telah berpaling tadah dan menyertai BN. Dan Tajol Rosli pula akan mengangkat sumpah pada siang tadi di hadapan Raja Dr. Nazrin!
Seorang rakan di Ipoh yang agak rapat dengan salah seorang Exco Kerajaan Perak dulu, memberitahu tahu saya, Tajol sudahpun masuk semula ke rumah MB tengahari tadi.
Dia bertanya, apakah benar PAS gagal mendapat kata putus untuk menghantar nama Ir. Nizar Jamaluddin ke Istana?
Sebab itu katanya, BN Perak terus bergegas menghantar nama Tajol Rosli untuk mendapat mandat Istana kerana pakatan PAS, PKR dan DAP dikatakan gagal mengemukakan satu nama yang mewakili 31 kerusi yang dimenangi itu.
Tajol berpendapat, katanya, jika tiga nama yang dihantar maka itu bermakna tiada kata sepakat dan bukan menjadi keutamaan Raja Dr. Nazrin untuk memilih yang mana satu berkenan di hati.
Ini kerana dakwaan kawan saya itu, tiga nama tersebut lebih mencerminkan mewakili parti masing-masing. Iaitu PAS 6 kerusi, PKR 7 kerusi dan DAP 18 kerusi.
Yang dominan dalam senario yang ada sekarang ialah BN. Dia ada 28 kerusi. Sebab itu nama Tajol dihantar ke Istana," ujar beliau sebaik sidang akhbar Ustaz Ahmad Awang semalam mendedahkan mereka telah menghantar tiga nama dari PAS, DAP dan PKR ke Istana semalam.
Patutnya, kata kawan saya itu, dan menjadi bualan kalangan orang-orang kuat Umno di Ipoh, PAS, DAP dan PKR membuat keputusan dahulu mencari satu nama untuk dihantar ke Istana.
Ini bagi mengelakkan penglibatan Istana yang "memilih" dan bukannya nama itu dipilih oleh pakatan yang dibuat. "Di sinilah ruangnya BN menyelusup masuk," celah beliau lagi.
Memang terdapat berita bohong yang cukup sensasi dan kontroversial yang sedang disebarluaskan. Saya juga, tidaklah terumpan dengan maklumat tersebut.
Apa yang lebih penting, arahan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang yang meminta semua pimpinan dan ahli PAS Kawasan seluruh Perak mengadakan solat hajat bagi menyelamatkan kerajaan Negeri Perak dan mendoakan agar wakil PAS terpilih sebagai MB Perak yang baru menggantikan Tajol dari BN.
Namun begitu, pelbagai SMS berkenaan isu ini makin banyak membolos telefon saya, dan kadang-kadang tersenyum sinis dibuatnya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan