KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 11, 2008

AMARAN Kedua MUKHRIZ MAHATHIR Kepada ANAK BADAWI!

By ABDUL HALIM RASHID


DALAM kenyataan yang dilihat sebagai amaran keduanya, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) mempunyai mekanisme untuk melakukan perubahan yang bersesuaian dan pernah dibuktikan.

Dalam amarannya sebelum ini, Mukhriz mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya melakukan perkara yang setepatnya.

"Masih belum dapat dilihat apa yang akan beliau lakukan tetapi mesej yang sangat jelas ialah terdapat rasa tidak puas hati yang meluas terhadap Perdana Menteri kerana cara beliau mengendalikan pentadbiran negara sejak empat tahun ini".

"Saya berharap kita akan mendapat mesej tersebut dan melakukan perkara yang setepatnya," kata anak bekas Perdana Menteri itu dalam sidang medianya di sebuah hotel di Seberang Perai.

Hari ini, beliau mengingatkan kepimpinan partinya supaya menimbang "suara hati" rakyat yang begitu jelas dan melakukan yang "terbaik dan berpatutan" untuk mengembalikan keyakinan rakyat, termasuk melakukan perubahan yang sesuai.

Beliau menegaskan bahawa rakyat telah membuat keputusan dan semua pihak perlu menerima keputusan itu dengan keterbukaan, rasa insaf dan rendah diri.

Ketika ditanya oleh media mengenai sebarang kemungkinan di luar dugaan, Mukhriz yakin rakyat Malaysia sekarang sudah matang dan tidak melakukan tindakan di luar kawalan sebagai reaksi kepada keadaan sekarang.

Sehingga berita ini ditulis, pesanan-pesanan mesej ringkas (SMS) masih bertebaran memberi amaran kepada rakyat Malaysia kononnya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin merancang rusuhan perkauman untuk menyelamatkan kerajaan bapa mertuanya.

Tiada ulasan: