KLIK JOM FOLO DI SINI

Selasa, Mac 11, 2008

MB PERAK: TARMIZI Diminta JADI ORANG TENGAH "BELI" Adun PAS!

"Saya tidak akan sekali-kali mengkhianati parti kerana hidup mati saya sekalipun pelbagai musibah menimpa dek karenah parti, PAS tetap saya pertahankan" - Tarmizi Mohd Jam

Ya Allah Ya Tuhan ku, berikanlah kami petunjuk dan jalan untuk kami menrungkai kemelut pembentukan kerajaan baru di Perak ini!

By TARMIZI MOHD JAM

SAYA baru mendapat panggilan telefon dari seseorang yang saya kenali, kira-kira jam 11.45 malam ini. Orang kuat Umno Perak dalam nada merayu.

Minta jasa baik saya berbuat apa sahaja untuk "merundingkan" atau "mempertemukan" dengan kepimpinan PAS Perak bagi membentuk pakatan "kerajaan campuran" PAS-BN.

Beliau mahu saya berkejar ke Ipoh pada malam ini juga bagi tujuan tersebut. Esok sudah tidak sempat. Terlambat, katanya. "Mesti kita berjumpa kat Ipoh. Sampai call saya!" katanya cemas.

Pada mulanya beliau menyangkakan saya berada di Ipoh. Bergelemak dengan kemelut siapa MB Perak. Tapi, sekarang saya berada di Kuala Lumpur.

Atas nama kenalan dan atas dasar saya mantan calon PAS, orang kuat Umno itu yang tahu saya agak intim dengan kepimpinan PAS Perak, mahu saya membantunya. Menolong BN Perak yang sudak nazak!

BN sedang "mencari jalan keluar" untuk membentuk kerajaan. Katanya, mereka hanya perlukan dua orang sahaja YB dari PAS atau semua sekali dengan tawaran jawatan Exco Kerajaan Negeri.

Saya tergamam. Dan tidak pula menjanjikan apa-apa. Ini keputusan PAS Pusat atau negeri, bukan kerja saya. Saya faham maksudnya, dia "meminta" saya menjadi jambatan ke arah tujuan itu.

Saya menghubungi seseorang meminta nasihat. Dia menasihati saya agar tidak terlibat dengan provokasi BN ini.

Ada impak besar dengan pakatan Barisan Rakyat di negeri lain, seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Mungkin juga Kuala Lumpur!

Kata penasihat saya itu, telah beberapa orang yang "diumpan" malah Mufti Perak juga dikatakan turut digunakan untuk mempengaruhi pemimpin PAS bagi tujuan tersebut.

Tapi tidak berjaya!

Menurut sumber, semua YB DAP dan PKR masih dikuarantin di Bangunan PKR Negeri, Ipoh dan tidak dibenarkan keluar meninggalkan bangunan tersebut bagi mengelakkan mereka "dibeli" oleh pihak BN.

Begitu juga YB dari PAS. Tetapi keutamaan kuarantin YB-YB dari DAP dan PKR. Amat bimbang dalam keadaan segenting ini!

Sehingga kini, nampaknya siapa Menteri Besar Perak belum terjawab. Beberapa isu dalaman terungkap namun keputusannya belum menyebelahi kerajaan baru yang bakal dibentuk.

Sidang media semalam, yang disempurnakan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang telah menjawab beberapa persoalan utama kepada wartawan, tetapi pelbagai analisa mengejar isu ini.

Ustaz Ahmad Awang telah memberi penjelasan mengenai rombongan dari parti DAP, PKR dan PAS telah mengadap Pemangku Raja Perak dan telah menyerahkan senarai pendek calon-calon dari parti masing-masing.

"Pihak istanalah akan menentukan siapa pilihannya dan semuanya sepakat untuk menerima siapa sahaja yang dipilih nanti," tegas Naib Presiden PAS itu.

Ekoran kenyataan ini, saya difahamkan timbul tindakan pantas BN Perak mengemukakan Tajol sebagai calon MB kerana mereka menyatakan BN lebih dominan (28 kerusi Dun) dari tiga parti yang mengemukakan tiga nama itu.

Saya berpendapat, langkah Ustaz Ahmad Awang bersama sekutunya PKR dan DAP mengemukakan tiga nama boleh dianggap suatu "penghormatan" kepada Sultan Perak untuk memilih Menteri Besar bagi negerinya.

Ia bukan suatu yang memberi impak buruk kepada imej Istana tetapi sebaliknya, menandakan ikatan dan kerjasama erat antara kerajaan dan Istana. Hubungan yang telus dan bersih!

Apatah lagi, ketiga-tiga parti DAP, PAS dan PKR sudah berikrar akan menerima sesiapa sahaja antara tiga nama itu sebagai Menteri Besar.

Mereka akan menyokong dan mendokong MB itu sepenuhnya.

Saya mematikan handphone bagi mengelakkan dari panggilan orang kuat Umno Perak itu menerjah masuk. Khuatir saya gagal mengelak dan tak berjaya menepis.

Berpuluh call orang kuat Umno itu tidak saya angkat. Wah! perlu sangat nampaknya dia kepada saya malam ini...

Adalah dijangkakan proses angkat sumpah paling lewat pada esok hari, Rabu 12 Mac setelah mendapat perkenan Sultan Perak.

Sehingga kini, BN Perlis dan Terengganu masih belum membentuk kerajaan mereka dan realiti ini menyebabkan pihak media, jika diperhatikan tidak "menghentam" kelewatan pembangkang membentuk kerajaan di Perak!

Tiada ulasan: