KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mac 15, 2008

Polis Ipoh Nasihat MTRP BATAL HIMPUNAN RAKYAT ESOK!

By TARMIZI MOHD JAM


SATU himpunan rakyat yang akan diadakan di Ipoh esok telah dibatalkan atas nasihat Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh. Himpunan itu dianjurkan oleh badan yang dikenali Majlis Tindakan Rakyat Perak (MTRP).

Himpunan yang kononnya diadakan untuk menyokong Sultan Perak atas kemelut yang tercetus di negeri itu sejak keputusan pilihan raya umum dikeluarkan, akhirnya tidak mendapat permit polis.

Adalah dipercayai, himpunan tersebut didalangi pihak Umno bagi mengeruhkan keadaan sebagai ancaman kepada pembentukan kerajaan campuran PAS-DAP-PKR di negeri itu.

Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengikut lunas undang-undang. Sekiranya berlaku, kita akan ambil tindakan sewajarnya.

Dan disini pihak pengajur En. Mohd Ibrahim Mat Zin telah berjanji kepada saya pihak polis Ipoh untuk maklumkan perkara ini dan meminta para penyokong mereka tidak datang.

Dalam erti kata lain perhimpunan ini telah dijamin oleh Encik Mohd Ibrahim dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan," ujar pihak polis.

Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat, Mohd Ibrahim Mat Zin yang turut serta dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh petang tadi bersetuju membatalkan perhimpunan itu atas nasihat polis.

Beliau juga mensyorkan agar mana-mana pihak yang mahu menganjurkan himpunan yang sama tetapi atas nama yang berlainan agar membatalkan demi memelihara keamanan dan keselamatan.


Tiada ulasan: