KLIK JOM FOLO DI SINI

Sabtu, Mac 15, 2008

Web & Blog "BERUK-BERUK" Makin Diiktiraf Punca BN Tumpas!

Khairy penuh angkuh menyifatkan para Bloggers di negara ini sebagai beruk. Kini satu persatu intelektual dan orang politik mengakui kehebatan web dan blog kendalian "beruk-beruk" ini!

By PKRLANGKAWI

DALAM kekalutan Kerajaan Barisan Rakyat membentuk kerajaan ada hikmahnya di mana mandat yang diberikan oleh rakyat telah menunjukkan perlu satu pakatan yang dapat memenuhi kehendak politik dan kuasa rakyat semasa.

Mengapa kita perlu terikut-ikut dengan media utama yang kotor dan masih membangkitkan isu perkauman agar rakyat terperangkap bagi mencetuskan huru-hara.

Di sini kita harus mengakui peranan siber dan para blogger yang dapat memintas dengan cepat berita-berita karut dan menghasut.

Juga kita dapat menghentam segala kesilapan percaturan politik sempit seperti Kesilapan Sdr. Lim Kit Siang dalam pemulauan terhadap istiadat pelantikan MB Perak tempoh hari.

Seperti komen Datuk Seri Musa Hitam, kesilapan utama BN mengabaikan peranan Blog & Website yang bijak digunakan oleh BR dalam menyalurkan maklumat secara pantas kepada rakyat.

Dan kita melihat pemimpin separuh masak seperti Khairy Jamaludin dan Zam mantan Menteri Penerangan yang menghina dan menggelar para blogger sebagai beruk perlu sedar di mana anda berada kini, anda akan sedar bila anda dikalahkan oleh kuasa rakyat seperti ZAM yang kemudian menyalahkan percaturan seseorang pemimpin pemuda untuk mengambil alih pimpinan BN.

Tahniah kepada anda yang berperanan dalam mencetuskan kebangkitan kuasa rakyat dan perjuangan baru bermula.

Dan biar para blogger berperanan sebagai Ahli Dewan Negara yang boleh menghentam dan menjatuhkan pemimpin yang menyeleweng daripada tugasnya.

Seperti yang sedia maklum Dewan Negara kita tiada peranan, yang hanya menjadi pendua kepada keputusan Parlimen. Peranan kita juga sebagai pemantau Dewan Negara @ Senat yang tidak berfungsi seperti di negara luar lain.

Untuk makluman Dewan Negara sepatutnya ianya boleh meluluskan undang-undang, melantik pemerhati bebas, memecat menteri kabinet atau anggota kanan kerajaan, peguam atau hakim yang didakwa terlibat dalam rasuah.

Di sini saya ingin mengingatkan kepada pemimpin BR yang menang anda hanyalah wakil rakyat.

Dan kita mencadangkan agar gaji wakil rakyat dinaikkan sebanyak 100% bukan apa kita harus realistik bagi mengelakkan wakil rakyat mengambil komisen untuk membiayai kegiatan sosial dan parti.

Kita tidak mahu berulangnya seperti kerajaan BN yang lalu telah mengabaikan peranan sebagai wakil rakyat bagi mengejar wang untuk menampung politik wang mereka.

Biarkan wakil rakyat BR menumpukan kerja-kerja dalam kerajaan bagi membela rakyat terutama menaikkan semula kegiatan ekonomi negara, menambah pendapatan rakyat bagi mengatasi inflasi yang menjadi punca kemarahan rakyat dalam PRU-12 lalu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

No Prescription medication Pharmacy. Get Cheap Drugs online. Buy Pills Central.
[url=http://buypillscentral.com/buy-generic-tamiflu-online.html]Discount Viagra, Cialis, Levitra, Tamiflu Pharmacy No prescription[/url]. Indian generic drugs. Cheapest medications pharmacy

Tanpa Nama berkata...

Above, we accord deduct Viagra dispensary, which is rather impressive in exercise than other favoured generic Viagra now Erectile dysfunction Cialis pharmacy online drugs.

Tanpa Nama berkata...

We are glad that our band Buy Cialis Rebate Pharmacy is sole of the first in the Internet, commonly, cheap Cialis now specializing on online pharmaceutics Cialis.

Tanpa Nama berkata...

brewing intervet addressees financeand cypruscyprus disposable reported stream letter cancel transmit
lolikneri havaqatsu

Tanpa Nama berkata...

Good luck getting people behind this one. Though you make some VERY fascinating points, youre going to have to do more than bring up a few things that may be different than what weve already heard. What are trying to say here? What do you want us to think? It seems like you cant really get behind a unique thought. Anyway, thats just my opinion. Martin , california auto insurance