KLIK JOM FOLO DI SINI

Jumaat, Mac 21, 2008

SANGGAHTOKSAGO.COM Kini DILAWATI Lebih 100,000 Pengunjung!

Tarmizi Mohd Jam (memakai vest) kini terus konsisten mengendalikan blog Sanggahtoksago.Com yang mampu seiring bloggers lain merancakkan kemaraan media alternatif di negara ini! Gambar: Beliau menggerakkan sanggahan bersama Haji Mohd Noor Mohd dan Dr. Lo Lo Ghazali terhadap Menteri Penerangan dengan menghantar nota bantahan kepada RTM sewaktu kempen pilihan raya ke 12 lalu.

By TARMIZI MOHD JAM

TAHNIAH diucapkan kepada para pengunjung setia Sanggahtoksago.Com yang telah mendokong dan menyokong blog kerdil ini sehingga pada 19 Mac 2008, kira-kira jam 8.10 minit malam, blog ini telah mencatat angka pelawat yang ke 100,000.

Peningkatan mendadak hit ini dapat dikesan sejak Januari 2008. Sanggahtoksago.Com diterbitkan pada 18 Ogos 2007 kira-kira lima bulan sebelum kesesakan jumlah pengunjung awal Januari tahun ini.

Sebaik pembubaran Dewan Rakyat pada 13 Februari 2008, hit visitor bertambah berkali ganda sebagai bukti media alternatif seperti blog menjadi daya tarikan dan daya kepercayaan rakyat mendapatkan maklumat dan komentar terkini berkenaan politik Malaysia.

Ia juga sebagai suatu pengiktirafan rakyat Malaysia terhadap kewujudan dan sumbangan Sanggahtoksago.Com dalam mengembangkan perubahan dan membekalkan maklumat.

Pada Selasa, 26 Februari 2008 saya sempat mencatat pengunjung yang ke 50,000 untuk Sanggahtoksago.Com.

Saya amat berterima kasih kepada rakan saya, Ibrahim Awang dalam mengajar saya membina blog ini setelah terpengaruh dengan Dr. Mohd Hasyim yang telah lama memulai Blog Ibnuhasyim.Com dan Ahmad Lutfi Othman yang mengendalikan Detikdaily.Com.

Keyakinan saya makin meluap-luap apabila Sanggahtoksago.Com terus dikunjungi hingga dua ke tiga ribu sehari pengunjung sejak pembubaran Dewan Rakyat dan Insya-Allah saya akan terus konsisten mengendalikan blog ini demi perjuangan Islam yang tanpa sempadan dan untuk kesejahteraan rakyat!

Insya-Allah juga, saya akan menambah nilai paparan dan lanskap blog ini terutama pada maskhead agar lebih segar bugar, kreatif dan menyihatkan mata, dengan mempopularkan tema dan slogan baru Sanggah Tok Sago - Menyanggah Untuk Perubahan!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
radenjowo berkata...

Tahniah Tuan Tarmizi di atas kejayaan ini. Teruskan perjuangan. Takbir !!!

Tanpa Nama berkata...

Assalam'mualaikum Bloggers Tmj,

Kalau tak silap, masa TV3 siar Berita Bloggers backgroud gambar seorang pengujung blog melayari blog Sdra. Sanggahtoksago. Ia dipaparkan mengiringi berita sidang media Menteri Penerangan, Shabery Chik. Tahniah! Berikut kenyataan Bernama:

MENTERI Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pendapat penulis blog tidak boleh diketepikan dan beliau akan bertemu mereka secepat mungkin bagi mendapatkan maklumat balas berhubung pembinaan negara.

Beliau berkata Kementerian Penerangan memandang berat peranan yang dimainkan media alternatif seperti laman blog dan internet kerana mereka mempunyai peranan tersendiri dalam membina negara.

"Contohnya ada peranan yang mereka mainkan dalam pilihan raya lepas. Ada mesej yang ingin disampaikan kepada kerajaan yang banyak dimainkan oleh pengundi kelas pertengahan dalam mendapatkan maklumat.

"Mereka (penulis blog) melayari internet dan sudah tentu saya rasa peranan yang dimainkan mereka perlu diketahui," katanya pada sidang akhbar selepas bertemu media di pejabatnya di sini hari ini.

Ahmad Shabery, yang dilantik ke jawatan itu pada Selasa lepas ekoran pilihan raya 8 Mac, berharap pertemuannya dengan penulis blog tidak akan disalah anggap oleh mana-mana pihak kerana Kementerian Penerangan berhasrat untuk menjadi jambatan kepada sesiapa sahaja termasuk golongan itu untuk disampaikan kepada pihak lain.

"Pandangan bloggers tidak boleh diketepikan. Mereka menjadi saluran terus untuk rakyat menyampaikan pandangan walaupun kadang kala cara penyampaian mereka negatif," katanya.

Ahmad Shabery berkata kewujudan pelbagai laman blog akhir-akhir ini sebagai alat untuk menyalur pandangan peribadi, seakan-akan terlepas pandang oleh sesetengah pihak.

"Setiap orang sudah ada kebebasan untuk menjadikan ia (laman blog) sebagai pusat penyebaran maklumat. Kita terlepas pandang dengan peranan yang dimainkan mereka, untuk memahami perasaan mereka secara langsung," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Timbalan Menteri Penerangan Datuk Tan Lian Hoe.

Ditanya pendekatan yang akan diambil beliau untuk bertemu penulis blog yang sangat ramai, Ahmad Shabery berkata beliau telah mengarahkan para pegawainya untuk mengaturkan pertemuan dengan mereka secepat mungkin.

"Kita cuba dulu jumpa mereka secara berperingkat-peringkat. Mungkin mereka akan dipanggil melalui iklan atau tempat-tempat yang sesuai. Kami akan cuba mengenal pasti bagaimana untuk berjumpa," kata Ahmad Shabery.

Tanpa Nama berkata...

Hebatlah jadi Bloggers zaman Pak Lah nih. Menteri Penerangan panggil nak jumpa. Buat apa ya? Dia nak kotrek maklumat apa ya?
Bukankah Umnopun ada blogger upahannya dulu yang dikendalikan Azalina? Ke mana mereka? Mereka dibayar upah yang lumayah tapi tak berkesan.
Sedangkan semua bloggers alternatif termasuk TMJ tak dapat upah. Kena buat kerja sendiri. Bersengkang biji mata dan cari bahan sendiri mengikut sos tersendiri.
Buktinya, TMJ terpaksa buak iklan mohon derma pada blog, kot-kot ada hamba Allah yang sudi menyumbangkan sedikit wang untuk barangkali biayai kos ke sana sini, ambil gambar, kudapan, belanja informer dll.
Bukan senang nak dpt maklumat. Kita kena ke tempat mereka dan bukan mereka yang datang ke tempat kita. Itu semua kos. Tapi saya terbaca di Blog Kapak Jangak kononnya TMJ minta sedekah walhal pengendalian blog adalah percuma.
Memanglah blogspot tidak berbayar berbanding website. Tapi macam mana nak dapat maklumat, gambar dll. Semuanya perlu bergerak dan bertindak. Ada kos. Saya setuju TMJ paparkan iklan itu, agar ada insan yang pemurah dan simpati menghulurkan derma jihad mereka.
Hari ini, kerajaan mulai akui dan iktiraf peranan yang dimainkan oleh bloggers. Dulu mereka enggan akur, sebab menterinya, ZAM memang degil dan angkuh.
Cumanya, kita jangan terjerat dengan muslihat Umno-BN. Mungkin ada bloggers yang akan dibeli. Diberi tempat atau pos tertentu dalam kerajaan untuk mengendalikan blog tertentu. Macam tulis buku politik dulu, ramai penulis yg dibeli dengan harga lumayan. Moga para bloggers waspada dan jangan terpedaya dengan janji manis kerajaan yang sudah tentu mereka sedang berusaha untuk menjinak dan mengurangkan sanggahan bloggers terhadap BN pada masa depan. Itulah hasrat tersembunyi mereka.

Wallah'uaklam bissawab!

NUR IKTIKAF MD KAMSAN
Johor Bharu