Sebelum ini, Zam juga turut meninggalkan tandatanya kepada umum tentang siapakah "pemuda" yang dikatakan mempunyai agenda untuk mengambil-alih kepimpinan negara dengan mencatur calon dalam pilihan raya lalu.
By TARMIZI MOHD JAM
BERNAMA melaporkan hari ini ingatan dan amaran Zainuddin Maidin, mantan Menteri Penerangan yang tewas di kerusi Parlimen Sg. Petani kepada Umno dan BN agar tidak lagi berusaha untuk menawan Kelantan setelah rakyat memuktamadkan keputusan mereka untuk terus bersama PAS buat kali kelima.
Zam yang terkenal dengan komen pedas dan sinisnya terhadap pembangkang, hari ini berkata sudah sampai masanya untuk Umno insaf, bahawa masa dan wang yang telah banyak dicurahkan sebagai usaha untuk mengambil alih Kelantan itu sebagai suatu usaha yang sia-sia.
"Wang" yang begitu banyak dilonggokkan di Kelantan selama ini kononnya di bawah agenda untuk merampas kembali Kelantan telah mnejadi racun dan duri hingga menimbulkan perbalahan di kalangan pemimpin Umno di negeri itu.
Dia amat berharap agar kekalahan BN di Kelantan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk meneruskan pembangunan di negeri itu, sekiranya ada satu kerjasama yang rapat antara kerajaan PAS Kelantan dan kerajaan Persekutuan.
Kemenangan PAS di beberapa buah negeri dan kawasan bukan Melayu juga menunjukkan bahawa parti itu boleh bersikap rasional sekiranya menghadapi tekanan politik demi meneruskan kuasa.
Pilihan raya kali ini juga menunjukkan bahawa PAS sanggup untuk berganjak dari dasar-dasarnya yang bersifat ketaksuban kepada rasional dalam realiti politik Malaysia," katanya kepada Bernama di sini.
Zam yang dulunya amat nagetif dengan rakyat Kelantan kerana semata-mata negeri itu ditadbir oleh musuhnya PAS, kini beliau percaya usaha untuk membantu rakyat Kelantan tidak akan menjadi satu usaha yang sia-sia kerana rakyat negeri itu terdiri daripada masyarakat yang rajin bekerja dan sentiasa menunggu peluang perniagaan.
Saya percaya kerajaan Kelantan juga akan bertukar sikap dan lebih terbuka apabila menghadapi kerajaan pusat yang bersifat mesra" katanya.
Perubahan sikap Zam ini begitu ketara sejak beliau ditumpaskan di Sg. Petani pada pilihan raya lalu, iaitu suatu keputusan yang tidak disangka-sangkanya.
Sebelum ini, Zam juga turut meninggalkan tandatanya kepada umum tentang siapakah "pemuda" yang dikatakan mempunyai agenda untuk mengambil-alih kepimpinan negara dengan mencatur calon dalam pilihan raya lalu.
Namun, Zam bersyukur, dengan kekalahan teruk BN kali ini, menyebabkan agenda tersebut terbantut dan mungkin tiada ruang untuk dilaksanakan lagi oleh tokoh "pemuda" berkenaan.
2 ulasan:
aku rasa "pemuda" tu mesti KJ...
Pada pandangan saya, kerajaan pusat mesti (selama-lamanya)menjalankan dasar 'enak' dengan mana-mana kerajaan negeri yang kini ditadbir pemnangkang. Selama ini, di Kelantan, telahpun diwar-warkan bahawa kerajaan pusat sentiasa bersama-sama kerajaan negeri dalam memajukan Kelantan. Jika dasar ini diubah, rakyat akan menuduh kerajaan pusat menipu dan sekadar menabur gula sahaja. Tindakan ini juga menyebabkan BN semakin sukar untuk merampas kembali, Kelantan khususnya.
Catat Ulasan