KLIK JOM FOLO DI SINI

Khamis, Mac 13, 2008

12 Ahli Parlimen Kelantan GEGARKAN Dewan Rakyat Penggal Ini!

By TARMIZI MOHD JAM

DUA calon PAS gagal dihantar ke Dewan Rakyat setelah tumpas ditangan calon popular BN. Sementara 12 lagi yang menang, akan menggegarkan Parlimen termasuk calon bebas yang menggunakan tiket PAS, Datuk Ibrahim Ali.

Haji Apandi Mohamad (PAS) tumpas ditangan Mustapha Mohamad di Jeli dan Dr. Zulkefli Mohamad (PAS) tersungkur di Gua Musang menentang Tengku Razaleigh Hamzah.

12 anggota Parlimen dari PAS dan PKR yang berpengalaman, petah berhujah, bijak dan tenang dalam pertempuran, bakal "menggegarkan" dewan penggal ini ialah:

01. Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat)
02. Datuk Ab Halim Ab Rahman (Pangkalan Chepa)
03. Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu)
04. Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas)
05. Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang)
06. Salahuddin Ayub (Kubang Kerian)
07. Ustaz Nasharuddin Mat Isa (Bachok)
08. Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh - PKR)
09. Amran Ab Ghani (Tanah Merah - PKR)
10. Ustaz Muhamad Hussein (Pasir Puteh)
11. Saifuddin Nasution Ismail (Machang - PKR)
12. Dr. Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai)

Dalam pilihan raya minggu lalu, PAS yang bertanding 11 kerusi perlimen menang sembilan berbanding BN bertanding 14 kerusi menang 2 sahaja.

PKR pula bertanding ditiga Dun dan menang kesemuanya. Dua calon bebas yang bertanding kalah.

Bagi kerusi Dun pula, BN bertanding di 45 kerusi dan hanya meraih 6 kerusi sahaja berbanding PAS meletakkan 40 kerusi dan menang 38.

Sementara PKR bertanding di lima kerusi dan hanya mampu menang satu kerusi sahaja. Satu calon bebas kalah.

Pilihan raya kali ini menyaksikan bukan sahaja BN gagal menawan kembali Kelantan dari tangan PAS tetapi telah mentalqinkan calon Menteri Besarnya, Datuk Dr. Awang Adek di Dun Perupuk dan Parlimen Bachok.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah, dan selamat bertugas.

Jalankan tanggungjawab antom untuk membela masa depan Islam dan rakyat.