Akhirnya Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah memperkenankan Ir. Nizar Jamaluddin (Adun Pasir Panjang) sebagai Menteri Besar Perak yang baru menggantikan Datuk Tajol Rosli dari BN
By TARMIZI MOHD JAM
AKHIRNYA kemelut siapakah yang akan menjadi Menteri Besar Perak yang baru versi kerajaan campuran PAS, DAP dan PKR terjawab apabila Adun Pasir Panjang, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin diperkenankan dan disahkan memegang jawatan yang menjadi tumpuan ramai itu.
Kira-kira jam 5.00 petang tadi, ketiga-tiga calon dari ketiga-tiga parti alternatif, Ngeh Hoo Ham (DAP) dan Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan) serta Ir Nizar (PAS) telah menghadap Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Kinta, dekat sini.
Hasil pertemuan itu Raja Nazrin, yang mewakili Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah memperkenankan Mohammad Nizar sebagai Mentei Besar Perak yang baru.
Majlis angkat sumpah jawatan akan diadakan pada esok pagi, Khamis 13hb. Mac, di Istana Iskandariah Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Ir Nizar adalah Setiausaha PAS Perak dan seorang yang proaktif, tegas serta memiliki komitmen yang tinggi dalam segala urusan.
Sementara itu, PAS Negeri Perak yang bersidang memutuskan arahan penting agar setiap ahli dan penyokong PAS tidak dibenarkan mencetuskan sebarang provokasi bagi meraikan kemenangan dengan terlantiknya wakil PAS sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Tajol Rosli (BN) yang gagal mendapat majoriti di Dun Perak pada pilihan raya umum ke 12 minggu lalu.
Beberapa tindakan yang b oleh dinaggap provokokasi seperti menaikkan banner 'PAS Memerintah Negeri Perak' dan menganjurkan konvoi membawa lambang dan bendera parti sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.
Provokosi lain juga diarah dijauhkan seperti tidak mengadakan perhimpunan di tempat-tempat seperti Pejabat Kerajaan Negeri, Kediaman Menteri Besar, Istana, Pejabat PAS Negeri dan lain-lain tempat yang mampu mengundang "ancaman".
Sebagai tanda setiakawan kerajaan campuran yang dibentuk, maka para penyokong PAS khususnya digalakkan menaikkan baner-banner seperti mengucapkan tahniah kepada pengundi yang mengundi BA sebagai tanda penghargaan kepada mereka.
Seperti yang disebut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa semalam, jika terlantik Ir Nizar dari PAS sebagai Menteri Besar, ia tidak bermakna mewakili kerajaan PAS seperti Kelantan tetapi ia mewakili kerajaan campuran.
Bermakna Menteri Besar bersama di kalangan PAS, DAP dan PKR. Paling menarik, dengan perkenaan Sultan Perak itu, kini PAS mendapat dua orang Menteri Besar yang baru Ustaz Azizan Razak di Kedah dan Ir. Nizar Jamaluddin di Perak.
Ini menjadikan semua Menteri Besar dari PAS tiga orang termasuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini memerintah Kelantan masuk penggal kelima berturut-turut!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan